Tengok tajuk macam lagu Saleem pulak kan.. Tapi tak ada kena mengena dengan dia, ok....Semalam lepas habis semua kelas dan bereskan semua kerja, aku dan sofea rancang nak keluar kejap. Nak pergi rumah abah aku, macam biasa lah sebab poket pun dah kering sangat ni. Lepas siap mandi dan solat zohor, kami pun bertolak ke destinasi yang dituju. Sebelum bertolak semalam tak ada apa-apa yang pelik berlaku, cuma feeling aku je rasa macam tak sedap je. Tapi aku tak ambil kisah sangat pun sebab tu mungkin mainan perasaan je kot.
Masa dalam perjalanan keluar dari kolej tu, semua baik-baik je, motor yang kami tunggang pun dalam kelajuan yang sederhana, tak macam biasa. Semua berjalan dengan lancar, sampai la satu simpang ke Putrajaya tu entah macam mana motor yang kami bawa tu tak dapat dikawal. Tanpa sempat buat apa-apa, terus je langgar yang ada kat depan. Lepas tu, kami nie tercampak la kat atas jalan tu. Nasib baik motor tu perlahan je, kalau tak mahunya kami masuk longkang semalam.
Masa jatuh tu, tak perasan pun ada luka-luka kat badan ni, sebab dok tengok sofea ketawa. Ntah apa yang dia ketawakan sangat tak tahu la, dah tengok dia macam tu, aku pun sama-sama la ketawa dengan dia. Tiba-tiba kaki dan tangan aku rasa kebas, aku tengok la. Macam nak pengsan aku tengok, kedua-dua tangan aku berdarah dan lutut aku pun bukan main lagi sakitnya. Yang aku sedih sangat ni, sebab seluar jeans kesayangan aku koyak masa kejadian semalam.
Nasib baik la ada orang tolong hantar kami ke PKU. Lepas tu abah aku datang, dan dia boleh ketawa pulak tengok keadaan aku yang tengah dok menahan sakit nie (mungkin dia tak nak bagi aku sedih sangat kot) , siap bagi ceramah lagi supaya aku dengan sofea bawa motor perlahan je, dan dia bagi warning supaya kami tak keluar pergi makan angin jauh-jauh, kalau setakat nak makan angin round satu UPM nie pun dah cukup, katanya. Alhamdulillah, Semuanya selamat, dapat ubat satu plastik sorang, siap dapat inject lagi.. Tapi kitorang tak nangis pun.... M.rempit sejati la katakan (hahahahaha)
No comments:
Post a Comment