Sememangnya mengikuti kursus BBK 3408 (kesusasteraan dalam multimedia) meninggalkan banyak pengalaman atau kenangan pahit dan manis yang sukar untuk dilupakan. Pengalaman adalah guru yang paling bagus dalam mengajar erti kehidupan. Masa mula-mula masuk kelas ni, memang agak terkejut dengan pensyarahnya iaitu Dr.Normaliza @ Dr. Notts yang menunjukkan muka yang sangat garang dan tegas pada mulanya. Kalau nak kenal beliau boleh lah singgah atau follow blog ni http://aammwa.blogspot.com/ Tapi bak kata orang “tak kenal maka tak cinta” kan… (hehehehehe). Dr memang sporting habis masa mengajar dan aku tak pernah boring kalau masuk kelas BBK 3408 (bukan nak mengampu, tapi hakikat) Dalam kelas ni, kami semua di dedahkan dengan pembelajaran secara praktikal mengenai multimedia. Banyak manfaat yang aku dapat masa mengikuti kursus ini dan amat berguna untuk aku dimasa hadapan kelak. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr.Normaliza.
Sejujurnya, aku memang enjoy masa mengikuti kursus ini dan banyak belajar perkara baharu yang berkaitan dengan multimedia serta mengendalikan produksi sendiri. Walaupun setiap minggu kami akan dapat tugasan baru, memang stress tapi sangat teruja. Kalau di kira dalam skala, daripada 1 pada mulanya dan sekarang dengan bangganya boleh dikatakan 8 sebagai ukuran (kahkahkah, perasan je lebih). Kami semua juga dikehendaki bekerjasama dalam kumpulan, maka bertambahlah cabaran yang mendatang.
Masa mula-mula dapat kerja kumpulan pertama, fuhhh… mati akal juga nak buat video tu.. hahahahaha. Memang agak sukar untuk menyesuaikan diri dengan semua perkara baru ni, maklumlah kami semua bukannya pro sangat dalam mengendalikan perkara-perkara macam ni (hehehehee)… Bila dah lama dan kami rasa terbiasa dengan tugasan yang diberi semua menjadi mudah. Kerja secara berkumpulan memang memerlukan banyak kesabaran dan tidak dinafikan dalam setiap tugasan yang kami lakukan akan ada pergaduhan antara ahli kumpulan. Walau pun pada dasarnya kami semua kawan rapat, namun perselisihan faham sentiasa ada. Disini jugalah kami semua belajar cara untuk mengawal emosi, belajar untuk berkomunikasi, belajar untuk memahami dan menjaga perasaan antara ahli kumpulan, belajar untuk mendengar pendapat orang lain serta belajar bagaimana cara untuk menjadi leader.
Dalam kumpulan pula memang terdapat banyak ragam, ada yang lucu tak kurang juga yang buat orang naik angin. Dalam kumpulan aku contohnya, kerjasama dan komitmen yang diberi sangat bagus, aku sangat suka berada dalam kumpulan ini walaupun kadang-kadang banyak masalah (biasalah, sedangkan lidah lagikan tergigit). Ada sorang ni, dia memang rajin dan banyak membantu. Tapi satu je masalah dia,dia mudah sangat tidur. Aku pun kadang-kadang tak faham, kat semua tempat dia boleh tidur. Pantang je pejam mata, terus hanyut dan bila dia dah macam tu nak gerak pun susah. Tak kisah la dia nak tidur, tapi kalau tempat tu banyak nyamuk dan panas, dia masih lagi boleh tidur (aku memang tak faham) bila orang marah kat dia, senyum je kerja dia. Sorang ni pula, memang senstiasa excited dan rajin kalau buat kerja, tapi masalah dia yang buat kitorang geram, selalu je nak balik awal. Awal tu tak la awal sangat, tapi bayak je kerja yang menunggu dia dan kitorang semua tak tahu apa kerja yang dibuatnya. Bila ditanya, boleh pulak senyum-senyum. Macam- macam ragam diorang ni, tapi semuanya best.
No comments:
Post a Comment