2011-11-28

Jadi???

Kita ingat kita dah kenal,
Rupanya belum...
Jadi,
salah siapa????
Tak ada yang salah, cuma keadaan yang tidak menyebelahi aku... 
"Kita perlu menerima kesalahan apabila ia berpunca dari diri sendiri. Semoga ia akan menjadikan kita lebih berhati-hati untuk membuat keputusan pada masa akan datang"

Erti sebuah penghijrahan

Sungguh pantas waktu berlalu meninggalkan kita. Tahun 1432 Hijrah sudah melabuhkan tirainya. Pasti masih banyak lagi azam kita pada awal tahun yang belum tercapai. Itulah ketetapan Allah yang wajib kita terima. Segala perancangan hanya Allah yang berkuasa menentukannya.

Hijrah berasal daripada peristiwa perpindahan ataupun penghijrahan Nabi SAW dan sahabatnya dari Kota Makkah ke Kota Madinah. Ianya juga adalah proses meninggalkan Negara yang penuh dengan pergolakkan dan  kejahatan kepada Negara yang lebih damai.

Hijrah juga membawa maksud bertaubat dengan meninggalkan kesyirikan, maksiat dan bidaah. Kasih sayang Allah terhadap hambaNya sangat meluas. Buktinya selagi kita bernafas dan nadi terus bedenyut, pintu taubat masih terbuka sehinggalah pada suatu hari nanti matahari terpancar dari arah barat. Justeru, sempena tahun baru serta azam baru,sama-samalah kita bermuhasabah, melihat dan menyenaraikan semula perkara yang diperintah dan dilarang oleh ALLAH.

 “barang siapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini      tempat hijrah yang luas dan rezeki banyak. Barang siapa yang keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju) maka, sungguh telah tetap pahalanya di sisi ALLAH. ALLAH MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG”
                                                                                            (Surah An-nisaa ayat-100)

2011-11-21

Malang tak berbau...

Masuk hari ni, dah 3 hari aku dok ulang alik dari rumah abah aku ni kat Dengkil ke UPM. Penat tu memang la penat, dengan kerjanya tak siap-siap lagi. Tapi apa boleh buat, dah nama lagi tanggungjawab kan... Dalam 3 hari ni, adalah satu hari tu tengah syok dok merempit dengan "best friend" aku ni yang juga merangkap teman sebilik, tiba-tiba tayar motor tu pancit. Tengok jam kat tangan, dah menunjukkan pukul 7 malam. Apa lagi, gelabah la kitorang, dah la highway tu sunyi (highway Puchong). Nak tak nak terpaksa call abah aku ni untuk minta bantuan. Dalam dok menunggu abah aku datang, ramai juga yang lalu ikut situ dan ada yang handsome tapi tak boleh nak pakai sebab tengok je aku dengan Sofea dok kat situ. Tak de sikit pun rasa nak tolong. Masa dok sembang-sembang , tiba-tiba datang la sorang budak lelaki ni, orangnya ok, boleh tahan (hehehehe...). Dia tanya la kitorang (Asal dok kat sini malam-malam nie, motor rosak ke?) Kitorang pun jawab la, (tak, tayar bocor)... Lepas dok soal jawab kejap, dia pun buat la keputusan nak tolong hantar kitorang sampai rumah.. Jadi aku kena la call abah aku balik supaya tunggu je kat rumah sambut kedatangan kami. Aku dengan sofea naik motor dia, dia pula naik motor yang bocor tu. Dah selamat sampai rumah, kitorang ajak la dia singgah minum air sebagai tanda terima kasih, tapi dia tak nak.. Dia cakap "tak pe, tak payah susah-susah, dia tolong pun sebab tanggungjawab sebagai seorang insan". Jadi kitorang pun, ucap la terima kasih yang tak terhingga pada dia.. Yang buat kitorang terkilan sampai hari ni, sebab tak sempat nak minta nombor phone dia (hehehehehe)

2011-11-15

Seminar

Gambar-gambar ni diambil masa seminar pada 9.11.2011. Nampak je sama, tapi berlainan situasi. Agak susah lah jugak nak cukupkan lima orang ni, selalunya kalau bergambar pun hanya ada 3 orang tak pun 4 orang. Apa-apa pun, senyummmmmm...... :)








2011-11-14

Mencabar

Tugasan kali ni memang mencabar bagi kumpulan aku dan terutamanya bagi diri aku sendiri kerana agak sukar untuk aku membuat reaksi (muka takut). Memang stress juga lah kerana asyik tak jadi je buat mimik muka tu, kesian kat Camera man dan pelakon-pelakon yang lain (pelakon la sangat) kena tunggu dan sabar. Walau pun bermacam-macam yang terjadi, siap guling-guling dan semua baju kotor tapi kami tetap enjoy... Kerjasama semua memang bagus...






2011-11-13

Indah khabar dari rupa

Kadang kala untuk sesetengah perkara tu kita tidak seharusnya mendengar sahaja. Untuk memastikan kesahihannya kita perlu menyelidik terlebih dahulu mengenai khabar yang disampaikan. Kita juga perlu membuktikan kebenaran sebelum membayangkan keadaan tersebut. Semua itu harus diambil kira supaya ianya tidak menjadi "indah khabar dari rupa". Apabila sudah sampai kepada tahap untuk berdepan dengan keadaan tersebut ia hanya akan meninggalkan kekecewaan yang berpanjangan.

2011-11-10

Sekadar renungan

Dunia penuh dengan kepura-puraan..

Manusia kadang kala bertindak di luar batas akal menjadikan orang lain sebagai mangsa...
Adakah adil bagi orang lain, seandainya menerima nasib demikian..

Berfikir lah sebelum bertindak, 
jangan sakitkan hati orang tanpa sebab,
jangan lukakan perasaan orang tanpa alasan,
jangan seksa hidup orang untuk memuaskan hati sendiri.. 
Kerana dendam manusia menjadi alpa,
Ingatlah balasan Allah, takutlah dengan azabNya....

Impian

Bangun pagi-pagi dah berangan, ni la jadinya. Aku ada impian untuk memilikinya suatu hari nanti. Banyak-banyak kereta yang lalu ikut jalan raya, kereta ni aku paling berkenan. Insya allah, dengan usaha yang gigih, aku akan merealisasikan impian ini.



2011-11-09

Kesayanganku.....

Mereka semua adalah sumber inspirasi dan pembakar semangat aku untuk meneruskan perjuangan hidup. Tanpa mereka mungkin hidup aku tidak bermakna.

 





Bersama ma dan adik-adik tersayang..



2011-11-02

Kisah kami..


Akhirnya selesai juga untuk hari ni. Kami sekumpulan berpuas hati dengan hasil kerja ni..

2011-11-01

Semua tentang kita...

Akhirnya siap sudah video klip ni.. Tajuk lagu yang dipilih ialah, Semua tentang kita, nyanyian Peterpan.. punya la dasyat nak siapkan benda ni, tapi alhamdulillah Allah pemudahkan segalanya... Bermacam dugaan terpaksa ditempuhi dalam menyiapkan kerja ni. Kerjasama antara ahli kumpulan memang bagus dan sangat baik... Terima kasih kepada semua ahli kumpulan BARA,  kerana  mengorbankan sedikit waktu, dan tenaga untuk besama-sama menyiapkan kerja ini. Terima kasih juga kerana sanggup bermalam di dewan putra 2...  ni la hasil daripada kerjasama kami..