2011-11-28

Erti sebuah penghijrahan

Sungguh pantas waktu berlalu meninggalkan kita. Tahun 1432 Hijrah sudah melabuhkan tirainya. Pasti masih banyak lagi azam kita pada awal tahun yang belum tercapai. Itulah ketetapan Allah yang wajib kita terima. Segala perancangan hanya Allah yang berkuasa menentukannya.

Hijrah berasal daripada peristiwa perpindahan ataupun penghijrahan Nabi SAW dan sahabatnya dari Kota Makkah ke Kota Madinah. Ianya juga adalah proses meninggalkan Negara yang penuh dengan pergolakkan dan  kejahatan kepada Negara yang lebih damai.

Hijrah juga membawa maksud bertaubat dengan meninggalkan kesyirikan, maksiat dan bidaah. Kasih sayang Allah terhadap hambaNya sangat meluas. Buktinya selagi kita bernafas dan nadi terus bedenyut, pintu taubat masih terbuka sehinggalah pada suatu hari nanti matahari terpancar dari arah barat. Justeru, sempena tahun baru serta azam baru,sama-samalah kita bermuhasabah, melihat dan menyenaraikan semula perkara yang diperintah dan dilarang oleh ALLAH.

 “barang siapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini      tempat hijrah yang luas dan rezeki banyak. Barang siapa yang keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju) maka, sungguh telah tetap pahalanya di sisi ALLAH. ALLAH MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG”
                                                                                            (Surah An-nisaa ayat-100)

No comments:

Post a Comment