2012-01-13

Diam lebih baik dari banyak cakap!!!!!!!!!!!

Kadang-kadang diam itu perlu, diam bukan bererti mengalah, diam juga bukan bererti kesunyian. 

Diam itu perlu untuk mengembalikan diri yang sebenar, mamberi peluang untuk muhasabah diri.

Diam lebih baik dari bercakap perkara yang kosong dan sia-sia.

Banyak bicara kadang kala akan menunjukkan kebodohan diri, mempamirkan kelemahan diri.

Tidak berbalas kata bukan bereti salah, tidak bererti dipihak yang salah.

Selagi bahang itu masih panas,tiada gunanya berbicara, jika sekadar merosakkan jiwa.

Kadang kala aku diam bukan bererti aku mengakui salahku.... memang di luar banyak bicaraku tiada pangkalnya.... petahku berkata kadang tidak membawa maksud yang mendalam.... Tapi kadang jua aku diam bukan bererti aku kalah... Memberi ruang pada satu kata yang amat pedih didengar.... Supaya aku kenal hati budimu....

Cinta datang lagi!!!!!!!!!!!

Akhirnya aku dapat jugak lupakan budak tu.... Bukan senang nak lupakan dia, sekarang aku dah 100% pasti.... hahahaha...

Masalah sekarang ni, aku berkenan pulak kat budak tepi rumah abah aku ni... respond yang aku dapat pun ok jugak, mungkin ni peluang untuk aku bina hidup baharu (hahahaha, ayat tak leh blah)

Aku bukan serius pun, boleh jugak buat hilang boring masa cuti nanti.... :)

2012-01-05

Untuk L, M, N....

Khabar yang datang tidak ambil peduli,

Hanya berserah kepada Yang Maha Mengetahui,

Harungi hari mendatang dengan senyuman diberi,

Suka duka hanya diri mengerti,

Sahabat engkau sentiasa di hati...

2012-01-02

Seandainya Mungkin II

Kesepian datang menyapa, setelah ketenangan diragut tanpa belas. Hanya yang mampuku luahkan, kenapa semua ini terjadi padaku. Disaat itu aku kembali sedar, kita hanya merancang dan Allah yang menentukan segalanya……

Mungkin ada baiknya perkara ini berlaku sebelum semuanya terlambat. Semua kebenaran terbogkar setelah hati penuh dengan persoalan dan tanda tanya yang tiada penghujungnya. Kenapa dia sanggup bersumpah setia  dengan aku jika hanya mempermainkan hidup aku semata-mata. Aku menangis  dan terus menangis melepaskan segala yang terbuku dihati dan mengenangkan kembali kebodohan kerana telah mempercayainya.

“Dah la, tak ada gunanya Mia menangis kerana lelaki tak guna macam tu, membazir air mata je lah. Dah memang tu pilihan dia. Tak ada maknanya kalau kau menangis, keluar air mata darah sekali pun, si Mukhsin tu tak akan kembali lagi. Dia dah nekad dengan keputusan dia. Cukup la dia seksa kau dengan semua janji-janji kosong dia tu. Biar lah dia hidup bahagia dengan pilihan hati dia”.

“Aku tahu Sofi, tapi aku tak mampu untuk melupakan dia. Kau bukan tak tahu macam mana aku sayang dia. Kau pun pernah jumpa dia sebelum ni dan tengok macam mana dia layan aku kan? Bukan senang Sofi. Memang mudah sekadar berkata-kata supaya aku lupakan dia, tapi aku yang menaggung , maaf Sofi, aku tak mampu”.

“Bawa bertenang Mia. Ingat Tuhan. Mia, aku tahu kau pun sedar hakikat sebenar yang dia hanya jadikan kau sebagai sandaran dia. Mukhsin rapat dengan kau sebab nak buat ex-girlfriend dia cemburu dan nak lepaskan amarah dia pada perempuan tu. Sabar la Mia, biarkan dia. Aku tahu memang sukar untuk kau lupakan dia. Tapi, kau kena belajar untuk semua tu. Kau kena terima hakikat yang dia bukan jodoh kau. Walaupun dia tu baik, tapi tahap kesetiaan dia memang tak boleh dipakai”.

“Sabar ya Mia, aku tahu amat sukar untuk kau lakukan. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Aku tahu dia memang baik, mungkin dia bukan jodoh kau. Kau kena terima hakikat ini”.

“Ya Sofi. Semua kata-kata kau memang benar. Aku yang terlalu mengikut perasaan. Semua ni sebab aku sayangkan dia Sofi. Dia yang banyak mengajar aku mengenai kehidupan, pahit manis kehidupan. Dia juga yang banyak mendorong aku melakukan amal kebaikan. Dia  yang selalu mengajar aku mengenai ilmu agama. Sentiasa mengingatkan aku mengenai pengakhiran sebuah kehidupan Sofi”.

“Sabar Mia, anggap lah ini dugaan untuk kau. Allah tak akan menguji seseorang tu kalau Dia tahu hambaNya tidak mampu untuk menghadapinya. Sabar ya”.

Mia bangkit dari pembaringan dan mengatur langkah menuju ke bilik air untuk mengambil wudhu. Dia tahu, pada masa ini tidak ada sesiapa yang dapat menenangkannya melainkan apabila sujud kepada Allah S.W.T.  Jiwanya kacau, sebolehnya dia ingin mencari ketenangan disaat ini. Dia tidak mahu rebah dan mendengar hasutan syaitan disaat hati sedang lara ini. Baginya, ikut kata hati mati, ikut rasa binasa.  Dia ingin menunaikan solat hajat dan menadah tangan berdoa supaya diberi ketenangan dan kekuatan oleh-Nya.

******************************************************************************
“Hai Mia, kau buat apa kat sini sorang-sorang ni, mana Sofi?”

“Eh, Mila. Aku tunggu sofi dia singgah kat cafĂ© beli air. Kau dari mana , bukan main wangi lagi bau ni?”

“Aku keluar dengan Harith tadi. Aku suruh dia tinggalkan aku kat sini je. Kau kenapa ni, aku tengok macam tak ada semangat je, selalunya kau tak macam ni Mia. Kau ada masalah ke?”

“Tak lah, aku cuma tak berapa sihat sekarang, mungkin sebab cuaca tak menentu sekarang ni.”

“Aku pergi dulu lah, Sofi dah panggil tu. Assalamualaikum”.

“Waalaikumussalam”.

Sampai sahaja di bilik. Mia terus merebahkan dirinya ke atas katil. Fikirannya melayang entah kemana. Memikirkan kejadian yang menimpanya. Sekelip mata semuanya berubah. Kebahagiaan yang dikecapinya musnah dalam sekelip mata. Namun, jauh di sudut hatinya dia mengganggap semua ini ujian Allah terhadap hambaNya. Hari ini, tak ada satu perkara yang dapat mengembirakan hatinya. Perasaannya terasa kosong dan jiwanya berasa begitu berat. Zahirnya hidup, tapi batinnya terseksa, seakan-akan mati.

******************************************************************************

Setelah semuanya berlalu, namun ada hati yang tidak tenang. Fikiran berkecamuk memikirkan perkara yang telah dilakukan olehnya terhadap hati seorang wanita. Mukhsin berasa bersalah yang teramat sangat kerana telah mempermainkan hati dan perasaan Mia terhadapnya. Dia tahu Mia menyayanginya sepenuh hati. Namun dia juga tidak mampu untuk menolak cinta yang hadir untuk Qiestina. Qiestina adalah kekasih lamanya. Mereka terpisah kerana perselisihan faham. Pertemuan semula telah menimbulkan kembali perasaan yang telah lama hilang. Dia tahu, pilihan yang dibuat olehnya akan ada hati yang terluka diantara mereka. Dia tidak mampu untuk melawan takdir.

“Arrggghhh… Kenapa semua ni berlaku pada aku? Kenapa? Salahkah aku jika aku terlalu mencintai dan memilih orang yang aku sayang untuk hidup bersama? Kenapa aku berperasaan begini? Sedangkan aku tak pernah menyayangi dia”

“Kau ni kenapa Mukhsin? Dari tadi lagi aku tengok macam orang tak betul je. Perkara yang lepas tu buat apa kau kenang? Kau juga yang buat keputusan tu. Kau buat Mia tu seperti manusia yang tidak mempunyai perasaan. Kau tanya sama ada kau salah ke tak kan? Kau dengar sini Mukhsin, dengar baik-baik apa yang aku nak katakan ni. Kau memang salah, semua ni berpunca dari sikap kau sendiri. Keegoaan kau tu akan memusnahkan hidup kau.”

“Kau salahkan aku Adi? Bukan ke aku kawan baik kau , sampai hati kau cakap macam tu Adi”

“Aku tahu. Memang kau kawan baik aku. Dari dulu lagi aku dah pesan, jangan cuba bermain dengan perasaan orang. Tapi kau degil, tak pernah nak dengar kata aku. Kau ayat budak tu sampai cair dengan kau. Lepas tu senang-senang je kau tinggalkan dia. Aku kenal sangat perempuan macam Mia tu, sekali dia sayang sampai bila-bila pun dia akan sayang. Aku dah kata jangan nak main-main perkara macam ni, tapi kau buat juga”.

“Aku tahu, aku salah. Tapi aku buat semua tu dulu, semata-mata nak sakitkan hati Qies. Aku tak bermaksud untuk buat Mia macam tu. Kau kan tahu aku dengan Qies macam mana, kitorang dah lama kenal. Masa sekolah lagi kitorang couple, lepas tu masa MASUM hari tu jumpa balik. Pertemuan tak berakhir disitu Adi, Qies bagi tahu aku yang dia praktikal kat Kedah, sama dengan aku. Jadi, aku buat keputusan untuk baiki balik hubungan aku dengan dia. Mula-mula semua okey, sampai aku sanggup ketepikan Mia. Aku langsung tak ambil tahu pasal dia. Dia mesej aku tak balas. Kalau ada pun, sambil lewa je aku jawab setiap pertanyaan dia”.

“Memang la tu niat kau yang sebenar, tapi cara kau tu salah. Cuba kau ingat balik, kau yang yakinkan Mia tentang perasaan kau pada dia. Lepas tu, kau buat dia sayang kat kau, kau buat dia jatuh hati pada kau. Kau layan dia dengan baik, selayaknya sebagai seorang kekasih. Kau buat dia jadi gila bayang kat kau. Bukan aku tak tahu. Tapi, pada masa yang sama kau merayu kat Qies untuk terima dan sambung balik hubungan dengan dia. Kalau aku jadi Mia pun, aku tak sanggup nak dengar pengakuan bodoh kau tu”.

“Aku tahu Adi. Tapi, aku sendiri tak dapat nak pastikan, semua yang berlaku di luar kawalan aku. Apa yang aku patut buat sekarang ni? Mia pernah cakap yang dia tak akan pernah maafkan aku”.

“Kau fikir lah yang mana baik. Kau yang mulakan dan kau juga perlu tamatkan semuanya. Aku tak nak kau sia-siakan hidup kau kerana perkara macam ni. Perjalanan kita masih jauh lagi, buat apa yang kau rasa penting dahulu, yang lain kemudiankan”.

******************************************************************************

Pagi yang sunyi dan sangat mendamaikan. Selepas menunaikan solat subuh, Mia mengisi masanya dengan membaca Al-quran. Apa yang diinginkannya hanya ketenangan dan kekuatan untuk mengharungi hari-hari yang mendatang. Selesai melakukan rutin hariannya itu, Mia mencapai telefon dan menghubungi emaknya yang berada di kampung.

“Assalamualaikum mak, mak apa khabar? Sihat ke?”.

“Waalaikumussalam, khabar baik. Mak sihat je kat kampung ni, bila dah berumur ni sakit-sakit sendi tu biasa lah. Aik, baru semalam Mia telefon mak, hari ni telefon lagi. Mia ada masalah ke ni, lain je bunyi suara tu. Biasanya tak macam ni, cuba cerita sikit kat mak ni”.

“Alah mak ni, Mia call ni sebab rindu kat mak. Bukannya ada apa-apa. Mia kat sini okey je mak, tak ada masalah pun.  Biasa-biasa je, kalau Mia ada masalah dah tentu Mia bagi tahu kat mak. Mia kan tak pernah berahsia dengan mak, semua benda Mia bagi tahu”.

“Tak apa lah kalau macam tu, mak bukan apa, tak nak la anak-anak mak pendam masalah sendirian. Mak ada kerja nak buat ni, jaga diri elok-elok kat tempat orang tu. Jaga adab sopan dan tingkah laku kita sebagai orang perempuan”.

“Ya mak, Mia tahu. Mak pun jaga diri elok-elok tau. Assalamualaikum”.

“Iya lah, waalaikumussalam”.

Selesai berbual dengan maknya melalui telefon, Mia segera bersiap untuk ke perpustakaan, disebabkan hari ini tidak ada kelas, dia lebih senang untuk menghabiskan masanya di perpustakaan mencari bahan untuk projek tahun akhir dan mengulang kaji pelajaran .

******************************************************************************

Hari ini, genaplah dua bulan setelah berakhirnya hubungan dia dengan Mukhsin. Dalam tempoh itu, pelbagai cara dilakukan olehnya untuk mengembalikan semangat yang telah hilang dan membina kembali kekuatan yang telah roboh. Dia merasakan dirinya lebih tenang dan semakin dekat dengan Yang Maha Esa, mungkin ini lah hikamah di sebalik perkara itu berlaku. Walaupun kadang kala hatinya meronta dan merasa teramat sakit kerana merindui lelaki itu. Dalam tempoh itu juga dia belajar untuk bersabar mengawal perasaan agar tidak hanyut dan akhirnya akan memusnahkan dirinya sendiri.

Ketika sedang asyik melayan lagu kegemarannya. Tiba-tiba handsetnya berbunyi menandakan satu pesanan ringkas (SMS) masuk.

                        Salam… Mia boleh tak kita jumpa? ada perkara yang hendak dibincangkan-Mukhsin”

“Apa lagi yang dia mahu ni , tak puas-puas lagi ke seksa hidup aku. Tak cukup lagi ke kau dah bodohkan aku. Nak balas ke tak ni? Kalau aku tak balas nanti, dia akan terusan ganggu hidup aku. Kalau aku balas, takut lain pula jadinya. Tapi, kalau aku balas mungkin masalah ni akan selesai dan segala persoalan akan terjawab”.
                        “Waalaikumussalam, boleh. Kat mana?”.
                        “Kat tempat biasa, esok pukul 10.00 pagi eak”.
                        “Ok, jumpa kat sana
                        “Thanks Mia, see you there”.

******************************************************************************

Malam itu Mia tidak dapat melelapkan matanya kerana memikirkan apa yang akan berlaku pada pertemuan esok. Pelbagai perkara yang bermain difikirannya. Perasaannya pula bercampur baur, cinta, sayang, rindu, dendam, kecewa dan pelbagai rasa yang hadir semuanya bersatu menjadikan dirinya tak keruan.

Begitu juga dengan Mukhsin, perasaan bersalah yang menggunung menyebabkan dia mengambil langkah untuk menghubungi dan berjumpa dengan Mia. Jika sebelum ini dia begitu angkuh mempertahankan keegoannya dan merasakan dirinya tidak bersalah, namun dia sedar hatinya tidak pernah tenang selepas semua yang berlaku.

Hari yang dijanjikan telah tiba. Kedua-duanya memendam satu rasa yang amat hebat.

”Assalamualaikum, dah lama ke tunggu?”.

“Waalaikumussalam, Mia. Baru je sampai, jemputlah duduk”.

“Terima kasih, datang sorang je ke? Mana Qies?”.

“Sorang je lah, awak sindir saya ke ni?”

“Tak lah, saya tanya je. Selalukan berdua kat mana-mana pun. Berbalik pada asal, apa yang awak nak bincangkan dengan saya ni?  Tak cukup ke dengan penjelasan yang sebelum ni?

“Mia, saya sebenarnya nak minta maaf dengan awak atas semua perkara yang telah saya lakukan. Saya tahu saya amat kejam dengan awak. Memang awak berhak untuk membenci saya”.

“Mukhsin, awak dengar baik-baik apa yang saya nak cakapkan ni. Untuk pengetahuan awak, saya dah lama maafkan awak, dan saya rasa tak perlu saya nak membenci sesiapa. Apa yang berlaku biarlah berlaku, saya tak nak ungkit lagi perkara yang lalu. Memang betul, awak memang kejam kerana memainkan perasaan orang sesuka hati awak. Tapi, tak salah kalau kita lukakan hati orang untuk kepentingan diri sendiri kan?”.

Please Mia, awak jangan kata saya macam tu. Saya tahu saya yang bersalah perkara ni berlaku. Okey saya mengaku, saya mendiamkan diri dari awak sebelum ni sebab saya cuba untuk membaiki hubungan saya dengan Qies. Walaupun setiap hari kami jumpa dan luangkan masa bersama-sama, tapi semakin kerap kami bergaduh. Saya cuba untuk menenangkan kembali keadaan yang keruh antara kami, tapi semuanya hanya sia-sia Mia”.

“Habis tu, apa yang awak nak dari saya sekarang ni Mukhsin?”.

“Mia, jika masih ada lagi rasa sayang awak pada saya, saya ingin awak kembali pada saya seperti dahulu. Saya tahu awak sayang dan cinta pada saya Mia. Kita lupakan perkara yang lepas dan mulakan hidup baharu bersama-sama seperti dulu”.

“Awak silap Mukhsin, memang saya akui yang saya sangat mencintai dan menyayangi awak. Tak ada sesiapa yang dapat menggantikan awak dalam hidup saya, mengambil tempat awak dalam hati saya. Tapi, pada masa yang sama saya tak dapat nak lupakan semua penipuan yang telah awak buat. Semua kebodohan saya semasa bersama awak, oleh sebab itu saya tak mampu untuk terima awak kembali. Memang awak seorang yang sangat baik, kerana awak banyak menyeru saya kearah kebaikan. Saya tak nafikan kehadiran awak dalam hidup saya banyak merubah diri saya. Awak juga seorang yang jujur, tapi kejujuran awak sering kali membunuh rasa cinta saya pada awak walaupun hakikat sebenar ianya tak sedikit pun berkurangan. Saya tak sanggup bersama awak sekiranya banyak memendam dari meluahkan rasa”.

“Mia, setiap bait kata-kata awak sangat menyakitkan. Saya tahu saya bersalah dan berdosa pada awak, tapi tidak adakah lagi peluang utuk kita bersama?”.

“Peluang? Peluang itu dah lama berlalu. Dimana awak semasa saya  menunggu, siang dan malam saya menunggu jika ada kesempatan antara kita untuk bersama. Tapi, dimana awak waktu itu Mukhsin? Saya sendirian menghilangkan rasa sakit yang awak tinggalkan. Saya tak pernah menyayangi sesiapa sedalam ini. Tapi awak yang telah mensia-siakan semuanya”.

“Baik lah Mia, jika itu yang awak inginkan. Saya tidak akan pernah memaksa awak menerima saya. Saya terima dengan redha setiap keputusan awak”.

“Seandainya, ada pertemuan lagi diantara kita, saya tidak akan menolak jika ia telah ditakdirkan oleh Allah. Saya akan terima dengan redha dan syukur apa yang dikurniakan oleh-Nya. Selamat tinggal Mukhsin, semoga kita berjumpa lagi. Assalamualaikum……”

“Seandainya mungkin Mia… Tiada yang mustahil jika Allah menginginkannya terjadi. Saya akan menerima awak dengan sepenuh hati, seandainya saat itu terjadi. Waalaikumussalam….”

Kedua-duanya mengatur langkah membawa haluan masing-masing. Tanpa disedari mutiara jernih keluar membasahi pipi kedua-dua hamba Allah ini. Di hati masing-masing masih  mempunyai rasa cinta yang mekar. Namun apakan daya, sebagai hamba kita hanya mampu menerima setiap suratan yang telah ditakdirkan. Setiap jodoh telah dientukan oleh Allah, kita hanya perlu sabar menanti seseorang yang sememangnya telah ditakdirkan untuk kita hidup bersama.

******************************************************************************

Peristiwa semalam banyak meninggalkan kesan dalam kehidupan Mia dan Mukhsin. Setelah dua tahun berlalu, akhirnya mereka ditemukan oleh takdir.

“Mia, kau dah siap ke nak pergi interview? Dah beruban aku tunggu kau bersiap ni. Tak siap-siap lagi ke”?

“Kejap lah, dah nak siap ni. Baru 30 minit tunggu dah bising. Aku tunggu kau sejam tak ada pula bising macam tu”.

“Amboi, mengungkit nampak. Cepat lah, nanti lewat sampai sana”.

“Alah kau ni, tu pun nak terasa. Gurau jelah. Jom, aku dah siap ni”.

“Mak ai, wanginya. Macam nak pergi dating”.

“hehehehe, biasa lah”.

Mia dan sahabatnya Sofi bertolak ke tempat tersebut. Sampai sahaja diperkarangan pejabat itu. Tiba-tiba Mia terasa aneh, perasaannya bercampur baur dan hatinya mula berdebar. Perubahan muka yang ketara itu dapat dikesan oleh sahabatnya, Sofi.

“Kenapa muka kau pucat je ni?”.

“Eh, ya ke? Tak de lah, aku okey je”.

Sedang asyik berbual, seorang staft datang dan memanggil Mia untuk di temuduga. Mia mengatur langkah dengan penuh yakin dan bergaya menuju ke tempat temuduga. Dalam hatinya, tidak lepas dari menyebut nama Allah.

“Assalamualaikum”.

“Waalaikumussalam, sila duduk”.

Mia, mendongakkan kepalanya, seraya memandang lelaki yang berada di hadapannya. Lidahnya kelu tak terkata, tubuhnya kaku tidak mampu bergerak. Lelaki dihadapannya adalah orang yang sangat dikenali dan dirindui saban hari melemparkan senyuman kepadanya.

“Awak, Nur Damia Sophilia”.

“Saya Syed Irsyad Mukhsin”.

“Selamat bertemu kembali,Mia”.

Meraka berdua saling memandang, dan pandangan mereka dipenuhi sejuta makna. Hanya mereka yang memahami maksud yang sebenar.

**************************************************************************

Seandainya mungkin, akan ku tunggu waktu itu untuk bersama mu hingga ke Syurga.

2012-01-01

Jatuh cinta sekali lagi!!!!!!

Masa zaman sekolah dulu, aku memang minat la kat mamat ni. Dia handsome sangat, semua perkara yang berkaitan dengan dia aku ambil tahu. Boleh di katakan tak ada satu pun yang ketinggalan. Perkara ni berlanjutan sampai la aku masuk sekolah menengah. Lepas tu bila dah besar sikit semuanya jadi semakin hilang. Minat aku pada dia pun makin kurang.

Tapi sekarang ni, bila aku tengok kembali semua gambar dia yang aku simpan dan dengar semua lagunya,aku kembali minat dan suka kat dia. 

Maknanya aku jatuh cinta sekali lagi!!!!!!!!!! (hehehehehe)


Nie la dia buah hati aku, dari dulu sampai la sekarang....
Mark (WESTLIFE)





Menjelang 2012

 PICC dipenuhi orang ramai untuk sambut tahun baru..

 ni adik aku yang excited nak sambut tahun baru

 Lepak-lepak kejap sementara tunggu jam 12..


 Orang ramai dok tunggu pertunjukkan bunga api..




 Bersama abah tersayang :)