2011-12-11

Hidup

Kadang-kadang kita juga perlu melukakan hati sendiri untuk melihat orang sekeliling kita bahagia. Itu tidak bermaksud kita kena berkorban sepenuhnya, tapi cukuplah untuk menjaga persaan orang lain. Kita tidak boleh mementingkan perasaan sendiri sahaja, sebab kita hidup dalam kelompok dan bermasyarakat. Kita harus peka dengan semua keadaan dan pandai mengawal emosi dalam melakukan semua perkara. Ini juga seiring dengan usia yang semakin meningkat dan jangan hanya berharap orang sahaja untuk mengerti perasaan kita, kita juga harus belajar untuk memahami orang lain.

Aku bercakap berdasarkan pengalaman, dulu aku susah sangat nak kawal emosi dan sering marah-marah walau pun pada perkara yang kecil. Tapi ma selalu nasihat dan pesan kat aku, kalau terus berperangai macam ni tak kan ada orang yang nak kawan dengan aku dan aku akan hidup keseorangan buat selamanya.Dari situlah aku belajar sedikit demi sedikit dan ubah perangai yang buruk tu. Tak rugi pun aku berubah, sekarang ni alhamdulillah aku mampu bersabar dan kadang-kadang tu memang adalah terkeluar juga. Tapi kalau masalah tu berpunca dari diri aku sendiri tak ada maknanya nak pergi marah orang lain, aku cuma pendam je,tak pun ma aku yang jadi mangsa untuk mendengar. (itu aku, orang lain aku tak tahu). Yang penting kita perlu belajar mengawal emosi supaya tidak terlalu ketara pada orang lain.

No comments:

Post a Comment