2011-12-25

Pengganti

Assalamualaikum... Hari ni aku nak kongsi cerita sikit pasal isu pengganti ni. Macam bagus je bunyi kan, cuma nak kongsi pendapat je... Hehehehe

Setiap percintaan yang berakhir dengan kekecewaan atau perpisahan amat memedihkan. Jika tidak berpunca dari kita atau pasangan kita, perpisahan ini pasti akan terjadi jika telah ditakdirkan bahawa jodoh sampai disitu sahaja oleh Yang Maha Esa. Kesannya amat mendalam.Tak kurang juga ada yang segera mencari pengganti baharu dan ada juga yang menggambil masa agak lama untuk mencari pengganti. Tidak kurang pula ada insan yang terlalu setia dengan cintanya sanggup berseorangan menjalani kehidupan ini.

Bagi insan yang berfikiran sebegini, dinasihatkan agar memberi sedikit ruang kepada diri untuk merasai kebahagiaan. Jangan dibiarkan diri terseksa sebegitu rupa. Setiap insan di dunia ini Tuhan telah dijadikan secara berpasangan sehingga ke akhir hayat. Apa yang terjadi sedikit sebanyak mempunyai seribu rahmat di sebaliknya.

Mungkin insan yang kita sayangi itu bukanlah yang terbaik untuk kita, kerana itulah berlakunya sesuatu perpisahan dan kita semua tahu bukanlah mudah untuk mencar pengganti yang terbaik. Paling tidak pun, bukalah sedikit pintu hati untuk menerima insan lain dalam hidup. Setiap manusia mempunyai kelemahan dan kelebihan yang tersendiri.

Jika dulu, berpisah kerana tiada persefahaman, kali ini cubalah cari pengganti yang mempunyai persamaan dan yang paling penting sentiasa bersyukur dengan setiap anugerahNya meskipun yang membahagiakan atau sebaliknya. 










Masa

Masa sangat berharga bagi setiap manusia. Masa yang berlalu tidak akan kembali lagi. Kita sebagai manusia harus mengahargai setiap detik masa dalam hidup kita. Pastinya kebanyakan hari dalam kehidupan kita ni akan ada kebosanan dan kemurungan. Di masa ini jugalah kita tidak berbuat sesuatu yang bermanfaat, fikiran kita akan melayang dan kita akan berkhayal akan perkara silam serta buruknya masa lalu.

Jadi, jika ada masa terluang lakukan perkara yang berfaedah,bermanfaat dan penuhi dengan kerja yang berguna. Jika kita mengsia-siakan masa begitu sahaja, ianya diibaratkan seperti perbuatan membunuh diri secara perlahan-lahan. 



surah-al-asr-103.jpg

2011-12-24

Kealpaan

Kekecewaan merantai hati
Melemahkan semangat diri
Ketika aku tersungkur
Ketika aku rebah
Ketika jiwa diamuk keresahan.

Engkau datang membawa sejuta harapan
Engkau hadir memberi seribu impian
Namun, hadir diri mu
Ibarat duri dalam daging
Lebih bahaya dari api dalam sekam.

Ketajamannya menusuk setiap urat sarafku
Walau sekadar mendenyut sakit
Memulas hayat, menyengat hati
Tetap ku hadapi dengan redha
Kutempuhi dengan pasrah.

Segalanya telah ditentukan olehNya
Hanya Dia yang mengetahui segala isinya
Mungkin terkandung hikmah disebaliknya
Ku tetap bersujud pada Nya yang Satu.

Semoga segalanya beransur pergi
Dibawa angin nan lalu
Bertaburan menjadi debu
Menambahkan kesyumulan iman di kalbu.

Aku cinta padamu...

Meninggalkan dirimu tanpa alasan yang cukup kuat bukan bererti tiada lagi cinta dihati,
Tapi kerana aku amat mencintai dirimu,
Kerana itulah aku melangkah pergi,
Kerana aku bukanlah seorang yang terbaik untuk menjadi yang teristimewa buat dirimu,
Aku telah menjaga sebaik mungkin hati ini,
Agar ia tidak berpaling dari terus mencintaimu,
Jika kau mengerti mengenalimu adalah perkara terbaik yang pernah aku lalui,
Mencintai dan menyayangi mu antara perkara terindah dalam hidupku,
Kau terlalu baik pada pengamatan ku ini,
Kau terlalu sempurna dimata ku,
Sehingga aku tidak berpaling kearah lain jika bersama mu cukup memiliki apa yang aku cari,


Bagiku...
Menyayangi mu dengan seikhlasnya,
Mencintai mu dengan sepenuhnya,
Menerima mu apa adanya,


Namun,
Tidak adil bagi mu,
Aku adalah insan kerdil yang hanya mempunyai sekeping hati,
Jika hendak dibandingkan diri mu, aku bukan yang terbaik buat mu,
Kau lebih berhak untuk mendapatkan seorang yang baik, malah lebih baik dari diri ini,


Bukan tiada lagi cinta,
Aku terpaksa melakukannya,
Meninggalkan mu adalah satu penyeksaan yang tiada penghujungnya,
Aku perlu mencari diri sendiri,
Mencari Nur yang telah hilang,
Mencari hidayah yang akan menjadikan aku seorang yang setanding dengan mu,


Andai kau tahu,
Dirimu sangat bermakna bagiku,
Tiada yang mampu menggantikan dirimu dihati ini,
Aku percaya perpisahan ini mempunyai hikmah hanya Dia yang mengetahui,
Aku ingin menjadi hamba yang diredhai,
Andai ada cinta lagi,
Aku menanti mu disini,
Bukan kerana tiada cinta di hati....







2011-12-23

Kahwin!!!

Aku baru je terima satu jemputan daripada seorang kawan ni, yang akan melangsungkan perkahwinan pada 22 januari nanti. Memang aku agak terkejut juga sebab tak sangka seawal ni, tapi nak buat macam mana jodoh dia dah sampai. Lagi pun, bagus juga kahwin awal bagi yang dah ada pasangan ni, dapat mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tak diingini. Perkara baik macam nie tak patut dilewatkan. Apa-apa pun, aku doakan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat dan bercintalah sampai ke syurga...

Nikah itu ibadah…
Nikah itu suci…
Memang nikah itu boleh kerana harta,
boleh kerana kecantikan,
boleh kerana keturunan dan
boleh juga kerana agama.
Jangan engkau jadikan harta, keturunan mahu pun kecantikan sebagai
alasan…………
kerana semua itu akan menyebabkan sengsara
Jadikan agama sebagai alasan……..
Engkau akan mendapatkan kebahagiaan.





 Sumber : *gambar pinjam dari google

Dr. Normaliza binti Abdul Rahim (pengalaman mengikuti kursus BBK 3408)

Sememangnya mengikuti kursus BBK 3408 (kesusasteraan dalam multimedia) meninggalkan banyak pengalaman atau kenangan pahit dan manis yang sukar untuk dilupakan. Pengalaman adalah guru yang paling bagus dalam mengajar erti kehidupan. Masa mula-mula masuk kelas ni, memang agak terkejut dengan pensyarahnya iaitu Dr.Normaliza @ Dr. Notts yang menunjukkan muka yang sangat garang  dan tegas pada mulanya. Kalau nak kenal beliau boleh lah singgah atau follow  blog ni http://aammwa.blogspot.com/ Tapi bak kata orang “tak kenal maka tak cinta” kan… (hehehehehe). Dr memang sporting habis masa mengajar dan aku tak pernah boring kalau masuk kelas BBK 3408 (bukan nak mengampu, tapi hakikat) Dalam kelas ni, kami semua di dedahkan dengan pembelajaran secara praktikal mengenai multimedia. Banyak manfaat yang aku dapat masa mengikuti kursus ini dan  amat berguna untuk aku dimasa hadapan kelak. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr.Normaliza.

Sejujurnya, aku memang enjoy masa mengikuti kursus ini dan banyak belajar perkara baharu yang berkaitan dengan multimedia serta mengendalikan produksi sendiri. Walaupun setiap minggu kami akan dapat tugasan baru, memang stress tapi sangat teruja. Kalau di kira dalam skala, daripada 1 pada mulanya dan sekarang dengan bangganya boleh dikatakan 8 sebagai ukuran (kahkahkah, perasan je lebih). Kami semua juga dikehendaki bekerjasama dalam kumpulan, maka bertambahlah cabaran yang  mendatang.

Masa mula-mula dapat kerja kumpulan pertama, fuhhh… mati akal juga nak buat video tu.. hahahahaha. Memang agak sukar untuk menyesuaikan diri dengan semua perkara baru ni, maklumlah kami semua bukannya pro sangat dalam mengendalikan perkara-perkara macam ni (hehehehee)… Bila dah lama dan kami rasa terbiasa dengan tugasan yang diberi semua menjadi mudah. Kerja secara berkumpulan memang memerlukan banyak kesabaran dan tidak dinafikan dalam setiap tugasan yang kami lakukan akan ada pergaduhan antara ahli kumpulan. Walau pun pada dasarnya kami semua kawan rapat, namun perselisihan faham sentiasa ada. Disini jugalah kami semua belajar cara untuk mengawal emosi, belajar untuk berkomunikasi, belajar untuk memahami dan menjaga perasaan antara ahli kumpulan, belajar untuk mendengar pendapat orang lain serta belajar bagaimana cara untuk menjadi leader.

Dalam kumpulan pula memang terdapat banyak ragam, ada yang lucu tak kurang juga yang buat orang naik angin. Dalam kumpulan aku contohnya, kerjasama dan komitmen yang diberi sangat bagus, aku sangat suka berada dalam kumpulan ini walaupun kadang-kadang banyak masalah (biasalah, sedangkan lidah lagikan tergigit). Ada sorang ni, dia memang rajin dan banyak membantu. Tapi satu je masalah dia,dia mudah sangat tidur. Aku pun kadang-kadang tak faham, kat semua tempat dia boleh tidur. Pantang je pejam mata, terus hanyut dan bila dia dah macam tu nak gerak pun susah. Tak kisah la dia nak tidur, tapi kalau tempat tu banyak nyamuk dan panas, dia masih lagi boleh tidur (aku memang tak faham) bila orang marah kat dia, senyum je kerja dia. Sorang ni pula, memang senstiasa excited dan rajin kalau buat kerja, tapi masalah dia yang buat kitorang geram, selalu je nak balik awal. Awal tu tak la awal sangat, tapi bayak je kerja yang menunggu dia dan kitorang semua tak tahu apa kerja yang dibuatnya. Bila ditanya, boleh pulak senyum-senyum. Macam- macam ragam diorang ni, tapi semuanya best.






2011-12-21

Best

Malam ni tak dapat tidur... buka youtube dan jumpa lagu ni.. Best juga lagu ni, layannnnnn....

Penat

Fuhhh!!! Hari ni penat giler... daripada pagi sampai malam buat kerja...
Tapi semuanya berbaloi... Semua dah settle, Alhamdulillah..
Macam-macam yang berlaku hari nie, ada yang lucu.. Tak kurang juga yang buat tahap darah naik..
Ada sorang ni, kalau dia bercakap suka sangat buat muka selamba, tak kira lah dengan siapa pun..
Sorang lagi pula, tak boleh duduk lama-lama, ada je kerja yang menanti dia... 24 hour busy kot.. Tak tahu lah..
Macam-macam la diorang ni..

2011-12-20


Hujan

Hujan.. dah lama tak main hujan.. Semalam memang lepas gian nak main hujan. Masa nak buat rakaman dokumentari . tunggu punya tunggu, hujan tak juga henti-henti, nak tak nak rakaman tetap kena teruskan walaupun ada antara kami dah buat muka yang membuatkan orang lain menyampah. Tapi nak buat macam mana, kita semua manusia biasa. Apa-apa pun kami semua tetap enjoy dan tak kisah apa orang nak kata,....


basah... tak ada satu pun yang kering....


sempat lagi posing walaupun dalam hujan...


hujan pun jadi lah... hahahaha

Nothing

For now, i really need my mom! 

Semua salah

Hari ni memang aku bengang sangat. Semua benda yang aku buat salah dimata orang. Aku berdiam diri pun salah, aku berkawan dengan orang pun salah dan kalau aku buat perangai lagi la orang salahkan aku. Aku sebenarnya tak faham dengan sesetengah manusia ni, suka sangat adili orang melalui luaran, belum pernah kenal lagi dah judge orang macam-macam. Yang pergi report kat mulut tempayan tu apasal,kalau rasa ada benda yang tak puas hati just bagi tahu je. Tak payah dok suruh orang lain tolong sindir. Dah berasap telinga aku sejak dua minggu ni, nak balas balik kan kecil hati pula orang tua tu. Nanti dia kata aku tak boleh kawal emosi. Suka hati aku la nak kawan ke, tak nak kawan ke, nak dok jauh ke, tak ada kaitan nya dengan kau.. Sabar jelah yang aku mampu, tapi sampai bila manusia mampu sabar, aku manusia biasa. Memang ****, aku pun tak boleh nak explain banyak-banyak. Nanti buat tambah dosa aku adalah...

2011-12-19

Renungan untuk 'AKU'

Walau tak ada orang sayang kita tapi Allah ada dekat dihati kita....
Walau tak ada orang cinta kita tapi Allah sentiasa kasihi kita...
Walau tak ada orang tolong kita tapi Allah tetap ada untuk lindungi kita...
Walau tak ada orang jaga kita tapi Allah tetap ada untuk perhatikan kita..
Walau tak ada orang dengan kita tapi Allah sentiasa ada dekat dengan kita...

Kita tak perlu risau jika hidup keseorangan kerana Allah sentiasa ada untuk kita walau dalam apa jua keadaan. Dia tidak pernah melupakan kita sedangkan kita hanya mencariNya bila kesempitan. Kita tidak perlu meratap hiba dengan semua dugaan yang diberi, kerana ia hanyalah untuk menguji kekuatan kita yang sebenarnya. 

2011-12-13

Pameran 2

Gambar-gambar ini diambil masa pameran 13 november 2011. Bersama rakan-rakan seperjuangan.

Ni la sorang budak yang sangat suka tidur. Kat mana-mana pun dia boleh tidur. Tak kira la panas ke, hujan ke ribut  ke dan kat tempat banyak nyamuk pun dia boleh tidur.

 Bergambar bersama gambar terpilih












Pameran 1

Ni lah antara gambar yang terpilih untuk pameran (hahaha) tak sangka la pula... lepas tu boleh pula menang untuk keseluruhan. Memang betul-betul tak sangka la (kononnya la) 

Ni untuk kategori berbingkai

Ni pula tekstur

Ni adalah kategori perspektif

Syukur

Adakalanya kita perlu MENANGIS agar kita tahu hidup ini bukan sekadar KETAWA,
dan adakalanya kita perlu KETAWA agar kita tahu mahalnya nilai AIRMATA... 

Bersyukur apabila diSAKITI kerana ia mengajar erti KETABAHAN...

Bersyukur andai punya rasa KECEWA kerana padanya kita punya KESABARAN...

Bersyukur bila tiada yang MENGENDAHKAN dirimu lantaran ia MEMUPUK untuk BERDIKARI..

dan apabila munculnya FITNAH dan CELAAN untuk MENJATUHKAN mu, yakinilah bahawa ia adalah UJIAN yang bakal MEMPERHEBATKAN martabat dirimu..

andai engkau berada di pihak yang BENAR, Usah dihirau pandangan manusiawi..

Sedang yang mengadili itu Allah Yang Maha Mengetahui, Sedang DIA memandangmu dengan RAHMAT selagi engkau tetap SABAR dan BERSYUKUR menempuhi KESULITAN itu..



sumber :Copy n paste

KetentuanNya

Hari ini nak bercakap pula pasal jodoh dan ketentuan Allah.. Kita sebagai manusia hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan segalanya. Kita sebagai hamba juga tidak boleh mendahului Yang Maha Berkuasa dalam menentukan jodoh kita. Setiap manusia dijadikan berpasangan, jadi kita tak perlu risau dengan setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya..

Bila kita memang dijodohkan, apapun halangannya kita pasti akan disatukan dalam pernikahan. Namun bila memang kita tidak dijodohkan, apa pun usaha pastikan tiada hasilnya.
Ya Allah ajarkan kami mencintai dengan sederhana, 
ajarkan kami agar lebih pandai memendam cinta, 
ajarkan kami untuk lebih mecintai-Mu dan kekasih-Mu. 
Ya Allah jauhkan kami dari dosa dunia,
jagalah dia dari dosa cinta, 
aku mencintainya kerana-Mu, 
aku pun rela melepaskannya apabila Engkau kehendaki
dan gantikanlah yg terbaik menurut kehendak Engkau Ya Allah..

2011-12-12

Aku...

Aku memberi bukan bererti aku telah memiliki segalanya, tapi aku tahu erti tidak pernah memiliki...
"semakin kita ingin menjaga sesuatu hubungan itu agar diberkati dan diredhai, semakin bertambah  besar ujian dan dugaan yang terpaksa kita tempuhi..."

2011-12-11

Sebab Apa Orang Cakap Single Best ??

1. Sebab tak rugi duit untuk topup .
 (topup ni penting juga untuk orang single sebab nak call family, sekali bergayut habis 10 ringgit)
2. Sebab tak payah keluar duit nak belanja kekasih. baik belanja nenek makan.

 (yang ni khas untuk lelaki je, sebab kalau keluar diorang je yang banyak berhabis)
3. Sebab malam2 tak payah text & call sampai tertido .boleh tido terus .
4. Sebab tak kena berleter itu ini itu ini dan bla bla bla.
5.Sebab tak ada orang  ganggu tgh tido dengan bunyi henpon.
6.Sebab tak ada orang nak  jeles.
7. Sebab duit sentiasa ada.

 (yang ni pula, tak betul juga sebab orang single pun selalu juga pokai. Banyak barang nak dibeli, makan pun bukan sikit) 





Hidup

Kadang-kadang kita juga perlu melukakan hati sendiri untuk melihat orang sekeliling kita bahagia. Itu tidak bermaksud kita kena berkorban sepenuhnya, tapi cukuplah untuk menjaga persaan orang lain. Kita tidak boleh mementingkan perasaan sendiri sahaja, sebab kita hidup dalam kelompok dan bermasyarakat. Kita harus peka dengan semua keadaan dan pandai mengawal emosi dalam melakukan semua perkara. Ini juga seiring dengan usia yang semakin meningkat dan jangan hanya berharap orang sahaja untuk mengerti perasaan kita, kita juga harus belajar untuk memahami orang lain.

Aku bercakap berdasarkan pengalaman, dulu aku susah sangat nak kawal emosi dan sering marah-marah walau pun pada perkara yang kecil. Tapi ma selalu nasihat dan pesan kat aku, kalau terus berperangai macam ni tak kan ada orang yang nak kawan dengan aku dan aku akan hidup keseorangan buat selamanya.Dari situlah aku belajar sedikit demi sedikit dan ubah perangai yang buruk tu. Tak rugi pun aku berubah, sekarang ni alhamdulillah aku mampu bersabar dan kadang-kadang tu memang adalah terkeluar juga. Tapi kalau masalah tu berpunca dari diri aku sendiri tak ada maknanya nak pergi marah orang lain, aku cuma pendam je,tak pun ma aku yang jadi mangsa untuk mendengar. (itu aku, orang lain aku tak tahu). Yang penting kita perlu belajar mengawal emosi supaya tidak terlalu ketara pada orang lain.

2011-12-09

Cinta sejati

Hari nak nak post pasal cinta lagi. Ni lebih kurang cinta sejati zaman sekarang la.. Tapi entah ada lagi ke tak orang macam ni... Kalau ada memang bertuah lah siapa-siapa yang dapat.. 


GF : awak , saya cemburu la kat kawan2 saya ..
BF : cemburu ? kenapa ?
GF : BF diorang selalu bagi hadiah , belikan rantai , cincin , baju , bawa diorang jalan2
BF : maafkan saya ye . sebab saya tak mampu nak bagi semua tu kat awak .
saya tak berharta awak ...
... GF : awak jangan la macam ni .. apa awak bagi dah cukup pada saya .. percayalah ..
BF : tapi awak tetap mahukan semua tu kan ? sama macam kawan2 awak ?
GF : awak ... maaf .
BF : tak apa la . =]

( suatu hari BF menerima berita bhawa GF telah kemalangan dan mengalami kecederaan teruk dan mengakibatkan GF hilang penglihatan .. )

selepas beberapa minggu .. GF telah sedar dan telah pulang ke rumah . dia membaca sepucuk surat yang di berikan oleh seorang nurse sebelum GF pulang .

♥ sayang , maafkan saya kerana selama ini tidak mampu menjadi seorang kekasih
yang terbaik pada awak . saya tidak mampu berikan kemewahan pada awak . saya
tak dapat bahagiakan awak dengan kemewahan saya . sayang , hari ini awak melihat
dan membaca surat ini dengan mata saya . hanya ini mampu saya berikan pada
awak sayang . jaga mata ini seperti mana awak jaga diri awak . dengan mata ini
nanti .. awak akan bejumpa seseorang yang akan menyayangi dan akan memberikan segala yang awak mahukan . Maafkan saya . ♥


Apa yang anda rasa selepas itu, kalau saya mungkin dah meraung sekuat hati  tak pun pengsan terus lepas baca surat tu...


 ayat copy paste (hahahaha)

2011-12-08

Rindu


Rindu sangat dengan diorang ni. Tak sabar rasanya nak balik :)

2011-12-07

Sukar

Kenapa terlalu sukar untuk aku melupakannya..
Kenangan bersama sering bermain difikiran..
Sering menggugat ketenangan jiwa...
Sehingga aku tak mampu berpaling kearah lain...


Aku masih belum boleh merelakan itu semua,,, kerana hatiku masih enggan tuk membencimu.... meski di saat ini kau telah pergi dan memilih dia penggantiku...
tapi sedarlah,ingatlah,terimalah,jika pada akhirnya kau akan kembali pada hati ini
hati yg telah kau sakiti,tapi masih setia menerimamu kembali...

Seandainya Mungkin


Kesepian datang menyapa, setelah ketenangan diragut tanpa belas. Hanya yang mampuku luahkan, kenapa semua ini terjadi padaku. Disaat itu aku kembali sedar, kita hanya merancang dan Allah yang menentukan segalanya……

Mungkin ada baiknya perkara ini berlaku sebelum semuanya terlambat. Semua kebenaran terbogkar setelah hati penuh dengan persoalan dan tanda tanya yang tiada penghujungnya. Kenapa dia sanggup bersumpah setia  dengan aku jika hanya mempermainkan hidup aku semata-mata. Aku menangis  dan terus menangis melepaskan segala yang terbuku dihati dan mengenangkan kembali kebodohan kerana telah mempercayainya.

“Dah la, tak ada gunanya Mia menangis kerana lelaki tak guna macam tu, membazir air mata je lah. Dah memang tu pilihan dia. Tak ada maknanya kalau kau menangis, keluar air mata darah sekali pun, si Mukhsin tu tak akan kembali lagi. Dia dah nekad dengan keputusan dia. Cukup la dia sekasa kau dengan semua janji-janji kosong dia tu. Biar lah dia hidup bahagia dengan pilihan hati dia”.

“Aku tahu Sofi, tapi aku tak mampu untuk melupakan dia. Kau bukan tak tahu macam mana aku sayang dia. Kau pun pernah jumpa dia sebelum ni dan tengok macam mana dia layan aku kan? Bukan senang Sofi. Memang mudah sekadar berkata-kata supaya aku lupakan dia, tapi aku yang menaggung ni, maaf Sofi, aku tak mampu”.

“Bawa bertenang Mia. Ingat Tuhan. Mia, aku tahu kau pun sedar hakikat sebenar yang dia hanya jadikan kau sebagai sandaran dia. Mukhsin rapat dengan kau sebab nak buat ex-girlfriend dia cemburu dan nak lepaskan amarah dia pada perempuan tu. Sabar la Mia, biarkan dia. Aku tahu memang sukar untuk kau lupakan dia. Tapi, kau kena belajar untuk semua tu. Kau kena terima hakikat yang dia bukan jodoh kau. Walaupun dia tu baik, tapi tahap kesetiaan dia memang tak boleh dipakai”.

“Ya Sofi. Semua kata-kata kau benar. Aku terlalu mengikut perasaan. Semua ni sebab aku sayang kan dia Sofi. Dian yang banyak mengajar aku mengenai kehidupan, pahit manis kehidupan. Dia juga yang banyak mendorong aku melakukan amal kebaikan. Selalu mengajar aku mengenai ilmu agama. Sentiasa mengingatkan aku mengenai pengakhiran sebuah kehidupan Sofi”.

“Sabar Mia, anggap lah ini dugaan untuk kau. Allah tak akan menguji seseorang tu kalau Dia tahu hambaNya tidak mampu untuk menghadapinya. Sabar ya”.

bersambung......

2011-12-06

Laman web saya

http://sitinurhidayatromlan.weebly.com/index. 
 Ini adalah laman web yang berkaitan dengan dunia sastera dan serba sedikit mengenai diri saya.

2011-12-05

Team work

Kerja berkumpulan memang menyeronokkan, walau pun sering kali bertikam lidah dan berbeza pendapat tapi kita masih lagi mampu memberikan kerjasama yang diperlukan. Kita juga mampu menunjukkan sikap yang profesional semasa melakukan kerja. Tapi, kadang-kadang kalau bergaduh pun boleh mambawa banyak kebaikan kepada kita. Hal ini kerana, semasa bergaduh tu lah kita akan lebih mengenali rakan kita, kita akan lebih mengenali apa yang disukainya dan apa juga yang dibenci olehnya. 










Tak kusangka, tak kuduga..

Tengok tajuk macam lagu Saleem pulak kan.. Tapi tak ada kena mengena dengan dia, ok....Semalam lepas habis semua kelas dan bereskan semua kerja, aku dan sofea rancang nak keluar kejap. Nak pergi rumah abah aku, macam biasa lah sebab poket pun dah kering sangat ni. Lepas siap mandi dan solat zohor, kami pun bertolak ke destinasi yang dituju. Sebelum bertolak semalam tak ada apa-apa yang pelik berlaku, cuma feeling aku je rasa macam tak sedap je. Tapi aku tak ambil kisah sangat pun sebab tu mungkin mainan perasaan je kot.

Masa dalam perjalanan keluar dari kolej tu, semua baik-baik je, motor yang kami tunggang pun dalam kelajuan yang sederhana, tak macam biasa. Semua berjalan dengan lancar, sampai la satu simpang ke Putrajaya tu entah macam mana motor yang kami bawa tu tak dapat dikawal. Tanpa sempat buat apa-apa, terus je langgar yang ada kat depan. Lepas tu, kami nie tercampak la kat atas jalan tu. Nasib baik motor tu perlahan je, kalau tak mahunya kami masuk longkang semalam.

Masa jatuh tu, tak perasan pun ada luka-luka kat badan ni, sebab dok tengok sofea ketawa. Ntah apa yang dia  ketawakan sangat tak tahu la, dah tengok dia macam tu, aku pun sama-sama la ketawa dengan dia. Tiba-tiba kaki dan tangan aku rasa kebas, aku tengok la. Macam nak pengsan aku tengok, kedua-dua tangan aku berdarah dan lutut aku pun bukan main lagi sakitnya. Yang aku sedih sangat ni, sebab seluar jeans kesayangan aku koyak masa kejadian semalam.

Nasib baik la ada orang tolong hantar kami ke PKU. Lepas tu abah aku datang, dan dia boleh ketawa pulak tengok keadaan aku yang tengah dok menahan sakit nie (mungkin dia tak nak bagi aku sedih sangat kot) , siap bagi ceramah lagi supaya aku dengan sofea bawa motor perlahan je, dan dia bagi warning supaya kami tak keluar  pergi makan angin jauh-jauh, kalau setakat nak makan angin round satu UPM nie pun dah cukup, katanya. Alhamdulillah, Semuanya selamat, dapat ubat satu plastik sorang, siap dapat inject lagi.. Tapi kitorang tak nangis pun....  M.rempit sejati la katakan (hahahahaha)

2011-12-04

Kami yang kreatif


Ini adalah salah satu kerja berkumpulan yang kami kena buat, dimana kami perlu memilih satu  objek atau barang untuk dijadikan tema kepada lukisan.Setelah berbincang dan kata sepakat telah diambil, akhirnya kami telah memilih handbag sebagai tema lukisan kami. Proses melukis tidak mempunyai masalah, namun apabila tiba masa untuk proses mewarna, kami semua menjadi buntu. Mewarna adalah proses yang amat sukar. Namun dengan kerjasama semua, yang sukar menjadi senang. Maka, terhasil lah majalah BARA Stail. Ini adalah sebahagian daripada gambar yang diambil.



 Proses melukis. Semuanya sedang tekun meencurahkan idea...


Proses mewarna




2011-12-02

Cinta

Hari ni raya nak post  pasal cinta pula, rasanya tak pernah lagi sebelum ni. Jiwang sikit tak ape jangan sampai melara sudah.. :)

Sebagai mana yang kita tahu CINTA adalah satu anugerah, anugerah yang tak terhingga kepada mereka yang tahu menghargainya.  

CINTA mempunyai maksud yang universal, ianya boleh jadi cinta kepada Allah,cinta kepada para nabi dan Rasul, cinta kepada ibu dan bapa, cinta kepada adik-beradik, cinta kepada keluarga, cinta kepada teman atau sahabat, cinta kepada alam dan sebagainya. Perasaan cinta yang lahir terhadap seseorang bukanlah tanda kita akan memilikinya. Namun kekadang ia muncul sebagai ujian dariNya buat kita,kerana DIA ingin melihat bagaimana kita memelihara, mengawal dan mengurusnya. Perasaan cinta itu amanah, dan amanah pasti akan dihisab oleh Allah.. Namun jika dilihat pada zaman ini, terdapat segelintir manusia yang hancur, musnah kerana cinta. Kita selalu mendengar pepatah 'Cinta itu buta', tapi bila dilihat dan diperhatikan semula, bukan cinta itu buta tetapi manusia yang menbutakan mata hati kerana cinta. Cinta, kasih , sayang dan suka membawa maksud yang berlainan. Rasa suka itu kadang-kadang bukan perasaan cinta... rasa sayang itu juga kadang kadang bukan bererti mencintai. Bersihkan hati. ketahuilah, bahagia itu datang dari hati,bertapak dari hati dan berkembang dari hati, manakala hati itu pula milik Allah, Dialah yang meletakkan segala sesuatu dalam hati manusia...Sama2 menjagalah hati, insyaAllah.

2011-12-01

Tugasan kami yang mencabar...



Video kami yang ketiga untuk subjek BBK3408  (sastera dalam multimedia)  bertajuk Kalau berpacaran (nak upload video tak dapat, dah lama tunggu tapi still loading lagi) post yang ni dulu la..(hehehe) Video ni agak susah nak buat sebab kami kena menari dan sebagainya, tambah-tambah orang macam aku ni nak kena menari lagi lah haru dibuatnya. Namun dengan kerjasama yang baik antara ahli kumpulan dapat juga kami siapkan walaupun menari langsung tak lembut. Memang sporting la semua, tapi ok lah tu. Sebab semua tu terjadi secara spontan, tak dirancang, praktis pun tak. Memang banyak dugaan juga la masa buat video ni, Kalau tak gaduh dan bermasam muka tak sah, mati akal juga la dibuatnya. Paling kesian dengan hero kumpulan kami tu la, dah la dia sorang-sorang je, lepas tu kena berdepan dengan ahli perempuan yang jenis kepala angin ni.. tapi ok, sebab dia jenis yang sabar dan dia juga la yang jadi pendamai... Apa-apa pun korang memang best la, Sofea, John, Mida dan Ninie (thanks to all)... Untuk next video, harap dapat buat yang lebih baik lagi dan tak mahu gaduh-gaduh. Tak kemananya, alih-alih muka ni juga dok tengok, ok peace for all... (hehehehehe)