Hati manusia pada hakikatnya mudah terguris dan tersentuh dengan sesuatu perkara yang tidak terjangkau oleh fikiran. Apabila ia sudah terguris sukar untuk sembuh kembali seperti keadaan asal. Begitu juga dengan Aku, Aku hanya manusia biasa yang dilahirkan dengan hati dan perasaan. Sekali terluka sukar untuk sembuh. Namun, setelah melalui pelbagai dugaan dan cabaran yang tidak terduga dalam kehidupan ini, menjadikan hati dan perasaan aku sebal. Seakan-akan tidak terkesan langsung dengan semua kesakitan dan kekecewaan yang diltinggalkan kepada aku.
Ya, aku juga manusia yang tidak sempurna, kadang tersalah pandang dan underestimated pada orang lain. Namun aku kembali sedar, kita semua sama disisi-Nya, semua makhluk ciptaan-Nya mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Setiap kekurangan yang kita ada merupakan satu muhasabah yang perlu dihayati untuk menjadi insan yang lebih baik dan sentiasa bersyukur.
Melalui kehidupan yang lalu, jadikan semua kesilapan dan kekhilafan kita sebagai satu pengajaran. yang paling penting , jangan sesekali salah tafsir orang lain dengan melihat dari sudut yang negatif. Cermin diri kita sebelum menunding kearah seseorang, lihat dimana salah dan silap kita. Minta pertolongan dari Allah kerana, Dia Maha Mengetahui.
Sumber : google
No comments:
Post a Comment