Hujung minggu lepas aku balik rumah, dah lama sangat dok bertapa kat UPM ni untuk siapkan PITA. Selesai sudah untuk Draf 1, tak tahu la apa yang bakal menyusul lepas ni... Sama ada baiki sedikit atau pun kena buat semula... Entah lah, semua tu aku tak dapat nak pastikan..
Harap-harap cuma kena baiki je dan tambah apa yang patut...
Berbalik pada yang asal, dok kat rumah pun kadang-kadang boring jugak...
Jadi, adik aku ni memang suka jalan-jalan tambahan pulak hari jumaat ari tu dia cuti.
Kami pun buat la keputusan untuk keluar... Tak pergi mana pun, cuma keluar makan kat Alamanda n lepak-lepak kat PICC je.
Bila dah sampai sana, Restaurant Pizza Hut yang menjadi pilihan. Disebabkan dia yang belanja,
so, aku ikutkan je lah...
Ni lah antara gambar yang sempat dirakam masa keluar ari tu...
Ni la adik aku, Angah... sedang memilih menu...
sebelum makan, pose dulu sikit....
Sebab aku tak suka sangat ngan pizza hut ni lah, air nya sikit je...
Garlic Bread ni pun ok lah... walaupun aku bukan penggemar roti...
Soup ni best... Siap tambah lagi aku...
dengan sopannya adik aku makan...
Ni dia, hidangan utama... sebiji ni, kami makan dua orang... huhuuhu
masa menjamu selera...
Semuanya licin kitorang makan...
muka kenyang...
time lepak kat PICC
Ramai orang kata muka kami sama... mesti la kan...
dah nama pun adik beradik...
No comments:
Post a Comment