2012-05-17

Cinta selepas nikah

Setulus mana pun kita mencintai seseorang, seikhlas mana pun kita menyayangi seseorang, kalau  dia bukan jodoh kita tetap bukan jodoh kita. Kerana jodoh itu sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah SWT sejak azali lagi.


Apa yang perlu kita lakukan ialah terus berdoa dan memohon kepada Allah agar diberikan insan yang baik untuk diri kita dan berusaha untuk menjadi yang terbaik. Pengakhiran sebuah percintaan itu bukanlah satu hukuman buat kita, namun ianya adalah satu hikmah buat diri kita, kerana Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya.


Tidak perlu bersedih andai diri tidak disunting mana-mana lelaki untuk dijadikan pasangan kekasih. Ingatlah bahawa perempuan yang baik hanya lah untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya. Itulah janji Allah dan tidak perlu ada keraguan terhadap-Nya.


Sumber : copy n paste

No comments:

Post a Comment