2012-05-24

interview... oh.. interview

Dua minggu lepas, ada la sorang hamba Allah ni tawarkan aku kerja. Bukan kerja besar pun, tapi berbaloi juga kalau dapat. Aku tanya la dia, bila nak pakai orang sebab aku tamat pengajian kat UPM ni pun dalam pertengahan bulan 6. So dia cakap, kalau boleh secepat mungkin sebab dia nak tukar ke tempat lain. Dalam masa dok berbincang tu, dia kata apa-apa hal pun hantar resume dulu. Sebab benda macam ni, walau nak cepat sekalipun bukan dalam masa sehari boleh siap. Aku pun ikut cakap dia dan hantar la resume tu. Semalam aku dapat mesej kat fb, dia cakap resume aku telah diproses dan diterima.  Aku dikehendaki menghadiri interview untuk kerja tu pada 12 Jun 2012. Aku pun tertengok  kalendar yang melekat kat dinding aku tu, 12 Jun 2012 adalah tarikh aku exam. Final exam tu... Dah la subjek ni aku tak berapa nak pandai... Aku pun bagi tahu dia, dukacita memaklumkan bahawa aku tak dapat menghadiri interview tersebut. Dia pun tak dapat nak buat apa-apa sebab tarikh tersebut telah ditentukan oleh pihak atasan. Dia macam terkilan sikit So, aku bagi tahu dia, tak de rezeki la tu. Bagi aku pula, ni satu pengalaman baru. Pengalaman pertama hantar resume untuk minta kerja dan berurusan dengan pihak atasan. Best jugak rasanya... :)

No comments:

Post a Comment