2012-05-22

Kelebihan bulan Rejab



1) sabda Nabi S.A.W : hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaandi hari Qiamat. ( Al-Hadis)
2. Sabda Nabi S.A.W : Bulan Rejab bulan Allah . Bulan syaaban bulanku dan bulan Ramadhan bulan umatku. ( Al-hadis)
3. Kemuliaan rejab dengan malam Israk Mikrajnya, Syaaban dengan malam nisfunya dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.
4. Malam Awal rejab mustajab doanya ( dalam kitab Raudhoh Imam Nawawi)
5. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipat gandakan pahalanya.(Al-Hadis)
6. Puasa tiga hari dalam bulan Rejab dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke neraka ( panjangnya setahun perjalanan. ( Al-Hadis)
7. Puasa empat hari dalam bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah dajal di hari Qiamat. (Al-Hadis)
8. Puasa lima hari pada bulan Rejab , aman daripada azab kubur. Puasa enam hari pada bulan Rejab keluar dari kkubur bercahaya mukanya ( Al-Hadis)
9. Puasa tujuh hari pada bulan Rejab ditutup daripadanya tujuh pintu neraka.(Al-Hadis)
10. Puasa lapan hari pada bulan Rejab dibuka baginya lapan pintu syurga (Al-Hadis)


11. Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH, maka tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
12. Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.
13. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
14. Puasa 19 hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu.
Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala Qalam.
17. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.
18. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.
19. Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.
20. Setiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah.
21. Bersedekah pada bulan Rejab, dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.
22. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka!
23. Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.
24. Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: ‘Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggianKu dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu di bawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara kau’.(dari kitab Raudatul Ifkar)
25. Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.
Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.
Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.
REJAB bulan menabur benih. SYAABAN bulan menyiram tanaman. RAMADAN bulan menuai.
REJAB menyucikan badannya. SYAABAN menyucikan hatinya. RAMADAN menyucikan rohnya
REJAB bulan taubat. SYAABAN bulan muhibbah. RAMADAN dilimpahi pahala amalan.
Beramallah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya.
Sumber : Google

2012-05-21

Malam Tradisi Sastera Rakyat (MTSR) ke-27

Hari ahad malam isnin ari tu, kitorang pergi tengok teater "Hikayat Selangor" kat Panggung Percubaan. Malas nak cakap banyk2, so nie lah antara gambar yang sempat di snap masa tengok teater tu.












2012-05-19

Rindu sangat kat budak ni.....


Ni adik aku yang nombor 3.. Kiranya yang bongsu lah... 
Aku jarang tulis cerita pasal dia sebab aku jadi rindu n sebak bila teringat kat dia.. 
Aku rindu sangat dengan dia ni, dah lama tak jumpa. 
Last sekali jumpa masa cuti semester hari tu lah... Tu pun bukannye hari-hari, sebab dia tinggal kat asrama.. 
Tak pernah-pernah berpisah dengan ma aku budak ni.. Tiba-tiba kena duk asrama sebab kena paksa dengan adik aku yang sorang lagi tu, Si Angah, pas tu atok aku pun turut sama. 
Paksa pun untuk kebaikan dia jugak, tahun ni dia bakal ambil SPM. 
So, kitorang rasa tu yang terbaik untuk dia. Lagi pun aku tengok okey je keadaan dia kat sana...
Mungkin dah boleh sesuaikan diri kot...
Apa-apa pun along doakan yang terbaik buat adik...
Semoga berjaya dalam mengejar cita-cita..
Insya Allah..



Nie jelah antara gambar yang ada.. sebab adik aku yang ni tak suka sangat bergambar...


















2012-05-18

Pengajaran untuk aku

Tak semua benda yang kita nak kat dunia ni, kita akan dapat...

Jadi, pengajaran untuk aku hari ni ialah bersyukur dengan apa yang ada dan jangan terlalu berharap kepada sesuatu perkara yang belum pasti terjadi...

2012-05-17

Siapalah kita untuk menilai orang lain...

Hati manusia pada hakikatnya mudah terguris dan tersentuh dengan sesuatu perkara yang tidak terjangkau oleh fikiran. Apabila ia sudah terguris sukar untuk sembuh kembali seperti keadaan asal. Begitu juga dengan Aku, Aku hanya manusia biasa yang dilahirkan dengan hati dan perasaan. Sekali terluka sukar untuk sembuh. Namun, setelah melalui pelbagai dugaan dan cabaran yang tidak terduga dalam kehidupan ini, menjadikan hati dan perasaan aku sebal. Seakan-akan tidak terkesan langsung dengan semua kesakitan dan kekecewaan yang diltinggalkan kepada aku. 


Ya, aku juga manusia yang tidak sempurna, kadang tersalah pandang dan underestimated  pada orang lain. Namun aku kembali sedar, kita semua sama disisi-Nya, semua makhluk ciptaan-Nya mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Setiap kekurangan yang kita ada merupakan satu muhasabah yang perlu dihayati untuk menjadi insan yang lebih baik dan sentiasa bersyukur.


Melalui kehidupan yang lalu, jadikan semua kesilapan dan kekhilafan kita sebagai satu pengajaran. yang paling penting , jangan sesekali salah tafsir orang lain dengan melihat dari sudut yang negatif. Cermin diri kita  sebelum menunding kearah seseorang, lihat dimana salah dan silap kita.  Minta pertolongan dari Allah kerana, Dia Maha Mengetahui.




Sumber : google





Cinta selepas nikah

Setulus mana pun kita mencintai seseorang, seikhlas mana pun kita menyayangi seseorang, kalau  dia bukan jodoh kita tetap bukan jodoh kita. Kerana jodoh itu sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah SWT sejak azali lagi.


Apa yang perlu kita lakukan ialah terus berdoa dan memohon kepada Allah agar diberikan insan yang baik untuk diri kita dan berusaha untuk menjadi yang terbaik. Pengakhiran sebuah percintaan itu bukanlah satu hukuman buat kita, namun ianya adalah satu hikmah buat diri kita, kerana Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya.


Tidak perlu bersedih andai diri tidak disunting mana-mana lelaki untuk dijadikan pasangan kekasih. Ingatlah bahawa perempuan yang baik hanya lah untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya. Itulah janji Allah dan tidak perlu ada keraguan terhadap-Nya.


Sumber : copy n paste

2012-05-13

Jalan-jalan + makan + makan angin


Hujung minggu lepas aku balik rumah, dah lama sangat dok bertapa kat UPM ni untuk siapkan PITA. Selesai sudah untuk Draf 1, tak tahu la apa yang bakal menyusul lepas ni... Sama ada baiki sedikit atau pun kena buat semula... Entah lah, semua tu aku tak dapat nak pastikan..
Harap-harap cuma kena baiki je dan tambah apa yang patut...

Berbalik pada yang asal, dok kat rumah pun kadang-kadang boring jugak...
Jadi, adik aku ni memang suka jalan-jalan tambahan pulak hari jumaat  ari tu dia cuti.
Kami pun buat la keputusan untuk keluar... Tak pergi mana pun, cuma keluar makan kat Alamanda n  lepak-lepak kat PICC je.

Bila dah sampai sana, Restaurant Pizza Hut yang menjadi pilihan. Disebabkan dia yang belanja, 
so, aku ikutkan je lah...



Ni lah antara gambar yang sempat dirakam masa keluar ari tu...



Ni la adik aku, Angah... sedang memilih menu...

sebelum makan, pose dulu sikit....





Sebab aku tak suka sangat ngan pizza hut ni lah, air nya sikit je...

Garlic Bread ni pun ok lah... walaupun aku bukan penggemar roti...

Soup ni best... Siap tambah lagi aku...

dengan sopannya adik aku makan...

Ni dia, hidangan utama... sebiji ni, kami makan dua orang... huhuuhu

masa menjamu selera...








Semuanya licin kitorang makan...

muka kenyang...

time lepak kat PICC

Ramai orang kata muka kami sama... mesti la kan...
 dah nama pun adik beradik...