2011-12-25

Pengganti

Assalamualaikum... Hari ni aku nak kongsi cerita sikit pasal isu pengganti ni. Macam bagus je bunyi kan, cuma nak kongsi pendapat je... Hehehehe

Setiap percintaan yang berakhir dengan kekecewaan atau perpisahan amat memedihkan. Jika tidak berpunca dari kita atau pasangan kita, perpisahan ini pasti akan terjadi jika telah ditakdirkan bahawa jodoh sampai disitu sahaja oleh Yang Maha Esa. Kesannya amat mendalam.Tak kurang juga ada yang segera mencari pengganti baharu dan ada juga yang menggambil masa agak lama untuk mencari pengganti. Tidak kurang pula ada insan yang terlalu setia dengan cintanya sanggup berseorangan menjalani kehidupan ini.

Bagi insan yang berfikiran sebegini, dinasihatkan agar memberi sedikit ruang kepada diri untuk merasai kebahagiaan. Jangan dibiarkan diri terseksa sebegitu rupa. Setiap insan di dunia ini Tuhan telah dijadikan secara berpasangan sehingga ke akhir hayat. Apa yang terjadi sedikit sebanyak mempunyai seribu rahmat di sebaliknya.

Mungkin insan yang kita sayangi itu bukanlah yang terbaik untuk kita, kerana itulah berlakunya sesuatu perpisahan dan kita semua tahu bukanlah mudah untuk mencar pengganti yang terbaik. Paling tidak pun, bukalah sedikit pintu hati untuk menerima insan lain dalam hidup. Setiap manusia mempunyai kelemahan dan kelebihan yang tersendiri.

Jika dulu, berpisah kerana tiada persefahaman, kali ini cubalah cari pengganti yang mempunyai persamaan dan yang paling penting sentiasa bersyukur dengan setiap anugerahNya meskipun yang membahagiakan atau sebaliknya. 










Masa

Masa sangat berharga bagi setiap manusia. Masa yang berlalu tidak akan kembali lagi. Kita sebagai manusia harus mengahargai setiap detik masa dalam hidup kita. Pastinya kebanyakan hari dalam kehidupan kita ni akan ada kebosanan dan kemurungan. Di masa ini jugalah kita tidak berbuat sesuatu yang bermanfaat, fikiran kita akan melayang dan kita akan berkhayal akan perkara silam serta buruknya masa lalu.

Jadi, jika ada masa terluang lakukan perkara yang berfaedah,bermanfaat dan penuhi dengan kerja yang berguna. Jika kita mengsia-siakan masa begitu sahaja, ianya diibaratkan seperti perbuatan membunuh diri secara perlahan-lahan. 



surah-al-asr-103.jpg

2011-12-24

Kealpaan

Kekecewaan merantai hati
Melemahkan semangat diri
Ketika aku tersungkur
Ketika aku rebah
Ketika jiwa diamuk keresahan.

Engkau datang membawa sejuta harapan
Engkau hadir memberi seribu impian
Namun, hadir diri mu
Ibarat duri dalam daging
Lebih bahaya dari api dalam sekam.

Ketajamannya menusuk setiap urat sarafku
Walau sekadar mendenyut sakit
Memulas hayat, menyengat hati
Tetap ku hadapi dengan redha
Kutempuhi dengan pasrah.

Segalanya telah ditentukan olehNya
Hanya Dia yang mengetahui segala isinya
Mungkin terkandung hikmah disebaliknya
Ku tetap bersujud pada Nya yang Satu.

Semoga segalanya beransur pergi
Dibawa angin nan lalu
Bertaburan menjadi debu
Menambahkan kesyumulan iman di kalbu.

Aku cinta padamu...

Meninggalkan dirimu tanpa alasan yang cukup kuat bukan bererti tiada lagi cinta dihati,
Tapi kerana aku amat mencintai dirimu,
Kerana itulah aku melangkah pergi,
Kerana aku bukanlah seorang yang terbaik untuk menjadi yang teristimewa buat dirimu,
Aku telah menjaga sebaik mungkin hati ini,
Agar ia tidak berpaling dari terus mencintaimu,
Jika kau mengerti mengenalimu adalah perkara terbaik yang pernah aku lalui,
Mencintai dan menyayangi mu antara perkara terindah dalam hidupku,
Kau terlalu baik pada pengamatan ku ini,
Kau terlalu sempurna dimata ku,
Sehingga aku tidak berpaling kearah lain jika bersama mu cukup memiliki apa yang aku cari,


Bagiku...
Menyayangi mu dengan seikhlasnya,
Mencintai mu dengan sepenuhnya,
Menerima mu apa adanya,


Namun,
Tidak adil bagi mu,
Aku adalah insan kerdil yang hanya mempunyai sekeping hati,
Jika hendak dibandingkan diri mu, aku bukan yang terbaik buat mu,
Kau lebih berhak untuk mendapatkan seorang yang baik, malah lebih baik dari diri ini,


Bukan tiada lagi cinta,
Aku terpaksa melakukannya,
Meninggalkan mu adalah satu penyeksaan yang tiada penghujungnya,
Aku perlu mencari diri sendiri,
Mencari Nur yang telah hilang,
Mencari hidayah yang akan menjadikan aku seorang yang setanding dengan mu,


Andai kau tahu,
Dirimu sangat bermakna bagiku,
Tiada yang mampu menggantikan dirimu dihati ini,
Aku percaya perpisahan ini mempunyai hikmah hanya Dia yang mengetahui,
Aku ingin menjadi hamba yang diredhai,
Andai ada cinta lagi,
Aku menanti mu disini,
Bukan kerana tiada cinta di hati....







2011-12-23

Kahwin!!!

Aku baru je terima satu jemputan daripada seorang kawan ni, yang akan melangsungkan perkahwinan pada 22 januari nanti. Memang aku agak terkejut juga sebab tak sangka seawal ni, tapi nak buat macam mana jodoh dia dah sampai. Lagi pun, bagus juga kahwin awal bagi yang dah ada pasangan ni, dapat mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tak diingini. Perkara baik macam nie tak patut dilewatkan. Apa-apa pun, aku doakan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat dan bercintalah sampai ke syurga...

Nikah itu ibadah…
Nikah itu suci…
Memang nikah itu boleh kerana harta,
boleh kerana kecantikan,
boleh kerana keturunan dan
boleh juga kerana agama.
Jangan engkau jadikan harta, keturunan mahu pun kecantikan sebagai
alasan…………
kerana semua itu akan menyebabkan sengsara
Jadikan agama sebagai alasan……..
Engkau akan mendapatkan kebahagiaan.





 Sumber : *gambar pinjam dari google

Dr. Normaliza binti Abdul Rahim (pengalaman mengikuti kursus BBK 3408)

Sememangnya mengikuti kursus BBK 3408 (kesusasteraan dalam multimedia) meninggalkan banyak pengalaman atau kenangan pahit dan manis yang sukar untuk dilupakan. Pengalaman adalah guru yang paling bagus dalam mengajar erti kehidupan. Masa mula-mula masuk kelas ni, memang agak terkejut dengan pensyarahnya iaitu Dr.Normaliza @ Dr. Notts yang menunjukkan muka yang sangat garang  dan tegas pada mulanya. Kalau nak kenal beliau boleh lah singgah atau follow  blog ni http://aammwa.blogspot.com/ Tapi bak kata orang “tak kenal maka tak cinta” kan… (hehehehehe). Dr memang sporting habis masa mengajar dan aku tak pernah boring kalau masuk kelas BBK 3408 (bukan nak mengampu, tapi hakikat) Dalam kelas ni, kami semua di dedahkan dengan pembelajaran secara praktikal mengenai multimedia. Banyak manfaat yang aku dapat masa mengikuti kursus ini dan  amat berguna untuk aku dimasa hadapan kelak. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr.Normaliza.

Sejujurnya, aku memang enjoy masa mengikuti kursus ini dan banyak belajar perkara baharu yang berkaitan dengan multimedia serta mengendalikan produksi sendiri. Walaupun setiap minggu kami akan dapat tugasan baru, memang stress tapi sangat teruja. Kalau di kira dalam skala, daripada 1 pada mulanya dan sekarang dengan bangganya boleh dikatakan 8 sebagai ukuran (kahkahkah, perasan je lebih). Kami semua juga dikehendaki bekerjasama dalam kumpulan, maka bertambahlah cabaran yang  mendatang.

Masa mula-mula dapat kerja kumpulan pertama, fuhhh… mati akal juga nak buat video tu.. hahahahaha. Memang agak sukar untuk menyesuaikan diri dengan semua perkara baru ni, maklumlah kami semua bukannya pro sangat dalam mengendalikan perkara-perkara macam ni (hehehehee)… Bila dah lama dan kami rasa terbiasa dengan tugasan yang diberi semua menjadi mudah. Kerja secara berkumpulan memang memerlukan banyak kesabaran dan tidak dinafikan dalam setiap tugasan yang kami lakukan akan ada pergaduhan antara ahli kumpulan. Walau pun pada dasarnya kami semua kawan rapat, namun perselisihan faham sentiasa ada. Disini jugalah kami semua belajar cara untuk mengawal emosi, belajar untuk berkomunikasi, belajar untuk memahami dan menjaga perasaan antara ahli kumpulan, belajar untuk mendengar pendapat orang lain serta belajar bagaimana cara untuk menjadi leader.

Dalam kumpulan pula memang terdapat banyak ragam, ada yang lucu tak kurang juga yang buat orang naik angin. Dalam kumpulan aku contohnya, kerjasama dan komitmen yang diberi sangat bagus, aku sangat suka berada dalam kumpulan ini walaupun kadang-kadang banyak masalah (biasalah, sedangkan lidah lagikan tergigit). Ada sorang ni, dia memang rajin dan banyak membantu. Tapi satu je masalah dia,dia mudah sangat tidur. Aku pun kadang-kadang tak faham, kat semua tempat dia boleh tidur. Pantang je pejam mata, terus hanyut dan bila dia dah macam tu nak gerak pun susah. Tak kisah la dia nak tidur, tapi kalau tempat tu banyak nyamuk dan panas, dia masih lagi boleh tidur (aku memang tak faham) bila orang marah kat dia, senyum je kerja dia. Sorang ni pula, memang senstiasa excited dan rajin kalau buat kerja, tapi masalah dia yang buat kitorang geram, selalu je nak balik awal. Awal tu tak la awal sangat, tapi bayak je kerja yang menunggu dia dan kitorang semua tak tahu apa kerja yang dibuatnya. Bila ditanya, boleh pulak senyum-senyum. Macam- macam ragam diorang ni, tapi semuanya best.






2011-12-21

Best

Malam ni tak dapat tidur... buka youtube dan jumpa lagu ni.. Best juga lagu ni, layannnnnn....