2011-12-07

Seandainya Mungkin


Kesepian datang menyapa, setelah ketenangan diragut tanpa belas. Hanya yang mampuku luahkan, kenapa semua ini terjadi padaku. Disaat itu aku kembali sedar, kita hanya merancang dan Allah yang menentukan segalanya……

Mungkin ada baiknya perkara ini berlaku sebelum semuanya terlambat. Semua kebenaran terbogkar setelah hati penuh dengan persoalan dan tanda tanya yang tiada penghujungnya. Kenapa dia sanggup bersumpah setia  dengan aku jika hanya mempermainkan hidup aku semata-mata. Aku menangis  dan terus menangis melepaskan segala yang terbuku dihati dan mengenangkan kembali kebodohan kerana telah mempercayainya.

“Dah la, tak ada gunanya Mia menangis kerana lelaki tak guna macam tu, membazir air mata je lah. Dah memang tu pilihan dia. Tak ada maknanya kalau kau menangis, keluar air mata darah sekali pun, si Mukhsin tu tak akan kembali lagi. Dia dah nekad dengan keputusan dia. Cukup la dia sekasa kau dengan semua janji-janji kosong dia tu. Biar lah dia hidup bahagia dengan pilihan hati dia”.

“Aku tahu Sofi, tapi aku tak mampu untuk melupakan dia. Kau bukan tak tahu macam mana aku sayang dia. Kau pun pernah jumpa dia sebelum ni dan tengok macam mana dia layan aku kan? Bukan senang Sofi. Memang mudah sekadar berkata-kata supaya aku lupakan dia, tapi aku yang menaggung ni, maaf Sofi, aku tak mampu”.

“Bawa bertenang Mia. Ingat Tuhan. Mia, aku tahu kau pun sedar hakikat sebenar yang dia hanya jadikan kau sebagai sandaran dia. Mukhsin rapat dengan kau sebab nak buat ex-girlfriend dia cemburu dan nak lepaskan amarah dia pada perempuan tu. Sabar la Mia, biarkan dia. Aku tahu memang sukar untuk kau lupakan dia. Tapi, kau kena belajar untuk semua tu. Kau kena terima hakikat yang dia bukan jodoh kau. Walaupun dia tu baik, tapi tahap kesetiaan dia memang tak boleh dipakai”.

“Ya Sofi. Semua kata-kata kau benar. Aku terlalu mengikut perasaan. Semua ni sebab aku sayang kan dia Sofi. Dian yang banyak mengajar aku mengenai kehidupan, pahit manis kehidupan. Dia juga yang banyak mendorong aku melakukan amal kebaikan. Selalu mengajar aku mengenai ilmu agama. Sentiasa mengingatkan aku mengenai pengakhiran sebuah kehidupan Sofi”.

“Sabar Mia, anggap lah ini dugaan untuk kau. Allah tak akan menguji seseorang tu kalau Dia tahu hambaNya tidak mampu untuk menghadapinya. Sabar ya”.

bersambung......

2011-12-06

Laman web saya

http://sitinurhidayatromlan.weebly.com/index. 
 Ini adalah laman web yang berkaitan dengan dunia sastera dan serba sedikit mengenai diri saya.

2011-12-05

Team work

Kerja berkumpulan memang menyeronokkan, walau pun sering kali bertikam lidah dan berbeza pendapat tapi kita masih lagi mampu memberikan kerjasama yang diperlukan. Kita juga mampu menunjukkan sikap yang profesional semasa melakukan kerja. Tapi, kadang-kadang kalau bergaduh pun boleh mambawa banyak kebaikan kepada kita. Hal ini kerana, semasa bergaduh tu lah kita akan lebih mengenali rakan kita, kita akan lebih mengenali apa yang disukainya dan apa juga yang dibenci olehnya. 










Tak kusangka, tak kuduga..

Tengok tajuk macam lagu Saleem pulak kan.. Tapi tak ada kena mengena dengan dia, ok....Semalam lepas habis semua kelas dan bereskan semua kerja, aku dan sofea rancang nak keluar kejap. Nak pergi rumah abah aku, macam biasa lah sebab poket pun dah kering sangat ni. Lepas siap mandi dan solat zohor, kami pun bertolak ke destinasi yang dituju. Sebelum bertolak semalam tak ada apa-apa yang pelik berlaku, cuma feeling aku je rasa macam tak sedap je. Tapi aku tak ambil kisah sangat pun sebab tu mungkin mainan perasaan je kot.

Masa dalam perjalanan keluar dari kolej tu, semua baik-baik je, motor yang kami tunggang pun dalam kelajuan yang sederhana, tak macam biasa. Semua berjalan dengan lancar, sampai la satu simpang ke Putrajaya tu entah macam mana motor yang kami bawa tu tak dapat dikawal. Tanpa sempat buat apa-apa, terus je langgar yang ada kat depan. Lepas tu, kami nie tercampak la kat atas jalan tu. Nasib baik motor tu perlahan je, kalau tak mahunya kami masuk longkang semalam.

Masa jatuh tu, tak perasan pun ada luka-luka kat badan ni, sebab dok tengok sofea ketawa. Ntah apa yang dia  ketawakan sangat tak tahu la, dah tengok dia macam tu, aku pun sama-sama la ketawa dengan dia. Tiba-tiba kaki dan tangan aku rasa kebas, aku tengok la. Macam nak pengsan aku tengok, kedua-dua tangan aku berdarah dan lutut aku pun bukan main lagi sakitnya. Yang aku sedih sangat ni, sebab seluar jeans kesayangan aku koyak masa kejadian semalam.

Nasib baik la ada orang tolong hantar kami ke PKU. Lepas tu abah aku datang, dan dia boleh ketawa pulak tengok keadaan aku yang tengah dok menahan sakit nie (mungkin dia tak nak bagi aku sedih sangat kot) , siap bagi ceramah lagi supaya aku dengan sofea bawa motor perlahan je, dan dia bagi warning supaya kami tak keluar  pergi makan angin jauh-jauh, kalau setakat nak makan angin round satu UPM nie pun dah cukup, katanya. Alhamdulillah, Semuanya selamat, dapat ubat satu plastik sorang, siap dapat inject lagi.. Tapi kitorang tak nangis pun....  M.rempit sejati la katakan (hahahahaha)

2011-12-04

Kami yang kreatif


Ini adalah salah satu kerja berkumpulan yang kami kena buat, dimana kami perlu memilih satu  objek atau barang untuk dijadikan tema kepada lukisan.Setelah berbincang dan kata sepakat telah diambil, akhirnya kami telah memilih handbag sebagai tema lukisan kami. Proses melukis tidak mempunyai masalah, namun apabila tiba masa untuk proses mewarna, kami semua menjadi buntu. Mewarna adalah proses yang amat sukar. Namun dengan kerjasama semua, yang sukar menjadi senang. Maka, terhasil lah majalah BARA Stail. Ini adalah sebahagian daripada gambar yang diambil.



 Proses melukis. Semuanya sedang tekun meencurahkan idea...


Proses mewarna




2011-12-02

Cinta

Hari ni raya nak post  pasal cinta pula, rasanya tak pernah lagi sebelum ni. Jiwang sikit tak ape jangan sampai melara sudah.. :)

Sebagai mana yang kita tahu CINTA adalah satu anugerah, anugerah yang tak terhingga kepada mereka yang tahu menghargainya.  

CINTA mempunyai maksud yang universal, ianya boleh jadi cinta kepada Allah,cinta kepada para nabi dan Rasul, cinta kepada ibu dan bapa, cinta kepada adik-beradik, cinta kepada keluarga, cinta kepada teman atau sahabat, cinta kepada alam dan sebagainya. Perasaan cinta yang lahir terhadap seseorang bukanlah tanda kita akan memilikinya. Namun kekadang ia muncul sebagai ujian dariNya buat kita,kerana DIA ingin melihat bagaimana kita memelihara, mengawal dan mengurusnya. Perasaan cinta itu amanah, dan amanah pasti akan dihisab oleh Allah.. Namun jika dilihat pada zaman ini, terdapat segelintir manusia yang hancur, musnah kerana cinta. Kita selalu mendengar pepatah 'Cinta itu buta', tapi bila dilihat dan diperhatikan semula, bukan cinta itu buta tetapi manusia yang menbutakan mata hati kerana cinta. Cinta, kasih , sayang dan suka membawa maksud yang berlainan. Rasa suka itu kadang-kadang bukan perasaan cinta... rasa sayang itu juga kadang kadang bukan bererti mencintai. Bersihkan hati. ketahuilah, bahagia itu datang dari hati,bertapak dari hati dan berkembang dari hati, manakala hati itu pula milik Allah, Dialah yang meletakkan segala sesuatu dalam hati manusia...Sama2 menjagalah hati, insyaAllah.

2011-12-01

Tugasan kami yang mencabar...



Video kami yang ketiga untuk subjek BBK3408  (sastera dalam multimedia)  bertajuk Kalau berpacaran (nak upload video tak dapat, dah lama tunggu tapi still loading lagi) post yang ni dulu la..(hehehe) Video ni agak susah nak buat sebab kami kena menari dan sebagainya, tambah-tambah orang macam aku ni nak kena menari lagi lah haru dibuatnya. Namun dengan kerjasama yang baik antara ahli kumpulan dapat juga kami siapkan walaupun menari langsung tak lembut. Memang sporting la semua, tapi ok lah tu. Sebab semua tu terjadi secara spontan, tak dirancang, praktis pun tak. Memang banyak dugaan juga la masa buat video ni, Kalau tak gaduh dan bermasam muka tak sah, mati akal juga la dibuatnya. Paling kesian dengan hero kumpulan kami tu la, dah la dia sorang-sorang je, lepas tu kena berdepan dengan ahli perempuan yang jenis kepala angin ni.. tapi ok, sebab dia jenis yang sabar dan dia juga la yang jadi pendamai... Apa-apa pun korang memang best la, Sofea, John, Mida dan Ninie (thanks to all)... Untuk next video, harap dapat buat yang lebih baik lagi dan tak mahu gaduh-gaduh. Tak kemananya, alih-alih muka ni juga dok tengok, ok peace for all... (hehehehehe)