Ada apa dengan perasaan rindu??
Tp itu la yg ak rsa skrg.. ak rindu dia sngt2. Walaupn sdh hmpir setahun , tetapi rsa itu dan perasaan itu ttp sama. Sukar untuk ak menangkis setiap kenangan yang datang .
Sejujurnya, ak rndu dia.
2016-04-30
2016-03-09
2014-09-08
Kisah suatu perhubungan
Sesuatu perhubungan, tidak kira lah hubungan persaudaraan, persahabatan, perkahwinan dan juga percintaan amat memerlukan komitment. Namun semua itu terpulang kepada diri setiap individu untuk mencorak dan membawa hubungan tersebut.
Contoh macam aku la kan, setelah banyak kali gagal perhubungan namun aku tidak pernah menyalahkan mana-mana pihak diatas kegagalan tersebut. Mungkin itu semua takdir yang sudah tersurat yang dia bukan jodoh kita. Untuk memulakan suatu hubungan baru, memerlukan banyak kesabaran, pemahaman dan juga persediaan untuk mengahadapi apa-apa jua yang bakal mendatang.
Kadang kala, hubungan itu menjadi sangat bahagia pada awalnya, namun pergaduhan akan tercutus seandainya ada sedikit salah faham antara satu sama lain. Di sini lah memerlukan banyak kesabaran dan pemahaman terhadap pasangan masing-masing. Pergaduhan itu tidak salah, kerana melaluinya kita akan lebih mengenali pasangan kita. Kita akan tahu apa yang menjadi kegemarannya, kesukaannya dan apa yang tidak disukainya serta pantang nya terhadap sesuatu perkara. Namun, jika dibiar berlarutan dikhuatiri akan ada permasalahan yang lain akan timbul dan sekali gus akan mengeruhkan lagi keadaan.
Setiap pasangan haruslah menyiapkan diri dengan sikap bertolak ansur, memahami, saling percaya dan paling penting mudah untuk memaafkan. Bak kata pepatah,sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula sesama manusia. Setiap orang mempunyai perangai yang berbeza, andai ada yang silap, ada yang salah, tegur dan didiklah dengan cara yang elok, bukan dengan menghukum. Bagi peluang untuk pasangan membaiki diri, setiap orang layak untuk diberi peluang berubah ke arah yang lebih baik dan yang paling penting tidak ada manusia yang sempurna melainkan Allah SWT.
2014-09-06
hipokrit
Dah lama rasanya tak update blog ni.. Tapi hari ni tiba-tiba rasa nak luahkan sesuatu . Kenapa perlu ada manusia yang jenis talam dua muka atau lebih tepat lagi manusia yang hipokrit. Rasanya tak perlu untuk cakap-cakap belakang, jika ada yang tidak puas hati, mahupun ada yang tak kena, seharusnya seseorang itu berterus terang. Ni tak, manusia ni lebih senang cakap-cakap belakang, mengumpat sesama sendiri. Perkara ini tidak seharusnya berlaku, kerana jika orang yang diumpatnya tahu mengenai perkara tersebut, keadaan akan bertambah buruk, seterusnya akan menyebabkan ikatan persahabatan atau persaudaraan menjadi renggang.
Bagi aku la kan, kalau di tempat kerja andai ada perkara yang tidak puas hati atau ada perkara yang menggangu kelancaran kerja, sepatutnya berterus terang dan nasihat menasihati antara satu sama lain. Ini tidak, mereka lebih suka cakap-cakap belakang. Paling menyakitkan hati, di depan kita mereka boleh berpura-pura baik dan menganggap tidak ada apa yang berlaku. Hal ini sepatutnya tidak patut berlaku dalam hidup bermasyarakat.
Insaf lah sebelum terlambat, jika nanti penghujung nya hanya akan memutuskan ikatan baik yang terjalin sesama kita....
2013-12-29
baru aku tahu..
baru aku tahu betapa peritnya hidup sendiri ni.. semua kena buat sendiri, senang cerita kena berdiri atas kaki sendiri.. Maknanya aku kena lebih kuat untuk mengharungi semua ni... Insya Allah.
2013-12-25
sekali lagi..
Memang aku tak sangka akan kembali semula ke sini. Mungkin ini adalah takdir yang tersurat untuk aku dan aku redha menerimanya. Agak sukar untuk mengulang kembali sesuatu yang telah kita lakukan suatu masa dahulu. Entah lah, aku pun kadang-kadang pening bila memikirkan tentang masa depan, namun aku harus berusaha dan mulakan dari bawah untuk mengapainya.
2013-12-24
2013 hampir menutup tirai....
Assalamualaikum semua... Rasanya macam dah lama sangat aku tak update blog ni. Tahun 2013 sudah hampir ke penghujungnya, terlalu banyak kenangan suka dan duka yang tak dapat dilupakan. Memberi 1001 pengertian dalam mengharungi kehidupan.
2013-02-25
kerja
Dah lama aku tak update blog ni... dah bersawang pun, aku cukup bz sekarang ni dengan kerja baru..
2012-06-21
Hanya Allah yang tahu
Bila aku mula suka dan sayangkan seseorang,
Perkara yang sama akan berlaku,
Mereka akan meninggalkan aku tanpa sebarang alasan,
tanpa satu sebab yang kukuh..
Belum pun aku meluahkan perasaan,
Aku di tinggalkan seperti aku tidak layak untuk dihargai..
Puas sudah aku meratapi,
Melihat kekurangan diri,
Namun, diakhir cerita, Aku yang akan menyendiri...
*Sampai bila aku harus menanggung kesakitan di atas perasaan dengki khianat manusia ini...
Aku hanya manusia biasa yang bisa menangis bila sakit,
Akan kecewa bila dilukai..
*Teganya engkau manusia yang hanya memikirkan kenikmatan hidup di dunia..
Aku tidak akan pernah memaafkan manusia yang membuat hidup aku menderita dan hampir musnah..
Moga Allah membuka pintu hati aku untuk memaafkan..
Moga Allah mengampunkan dosa yang telah engkau lakukan..
2012-06-19
Rasa hatiku...
Mungkin lagu ni boleh mewakili rasa hati aku...
(hahahaha) tak sangka aku boleh layan lagu korea..
Aku tak tahu apa tajuk lagu ni,
Tapi lagu nie best,
lepas tu dengan adanya english subtitle boleh la aku faham..
Terima Kasih, Ya Allah...
Syukur ku panjatkan kepadaMu,
Setelah segalnya dilalui dengan penuh kesabaran,
Akhirnya, berkat Kesabaran itu membuahkan hasil..
Terlalu indah untuk diungkapkan..
Terima Ksih, Ya Tuhanku..
2012-06-16
Apa yang aku rasa?
Sebenarnya, aku tak rasa apa-apa pun,
Perasaan aku cam sebal je,
Ntah la, susah nak JELASKAN..
2012-06-13
Usaha yang membuahkan hasil...
Setelah 2 sem aku berhempas pulas dan melalui perit jerih untuk menyiapkan Projek Ilmiah Tahun Akhir (PITA) ni, hari aku mampu tersenyum dan berbangga dengan hasilnya..
Dalam proses untuk menyiapkannya pelbagai perasaan yang aku alami,
Takut, sedih, pedih, suka dan duka silih berganti..
Sukar untuk aku gambarkan perasaan aku sekarang, hanya Allah yang tahu...
Terima kasih aku ucapkan kepada Family aku, terutamanya kedua ibu bapa aku yang banyak memberi sokongan dari segi semangat dan juga kewangan (sudah semestinya, hehehe)
Tak lupa juga kepada penyelia aku, (Prof. Madya. Dr. Arba'ie Sujud) yang banyak memberi dorongan dan tunjuk ajar semasa aku menyiapkan PITA. Walaupun setiap kali jumpa untuk penyeliaan, aku dan rakan seperjuangan sering kali dimarah, ditengking dan sebagainya,
namun ia adalah untuk kebaikan bersama.
Masa mula-mula jumpa untuk penyeliaan PITA,
memang takut habis, siap baca doa lagi sebelum masuk.
Bila dah lama bekerjasama, Dr memang sporting... Tapi takut tetap ada (hehehe)
Semua kerja nak kena perfect, kalau tak kena reject..
Ni la dia orangnya, gambar nie masa Dr jadi Ketua Jabatan BM..
Sekarang ni dah jadi Timbalan Dekan
Final draf.. Sebelum dibukukan... Aku rasa nak macam nak melompat, nak gelak sampai golek-golek pun ada masa Dr cakap, "Hidayat, awak dah boleh bukukan PITA ni"...
Dan.. ini lah hasilnya..... Setelah dua sem bertungkus lumus..
Pengorbanan yang berbaloi...
namun ia adalah untuk kebaikan bersama.
Masa mula-mula jumpa untuk penyeliaan PITA,
memang takut habis, siap baca doa lagi sebelum masuk.
Bila dah lama bekerjasama, Dr memang sporting... Tapi takut tetap ada (hehehe)
Semua kerja nak kena perfect, kalau tak kena reject..
Ni la dia orangnya, gambar nie masa Dr jadi Ketua Jabatan BM..
Sekarang ni dah jadi Timbalan Dekan
Banyak pengalaman yang aku dapat masa menyiapkan PITA. Dengan siapnya PITA nie,buat aku makin tak sabar untuk bergraduat.. Sebabnya, aku dan rakan2 aku selalu je kena ugut. Dr cakap, kalau kitorang tak siapkan PITA ni dalam masa yang ditetapkan, semester depan boleh jumpa lagi.. Isi je borang..
(hahahaha, macam tu la keadaan kami)
Ni adalah draf pertama yang aku Submit kat Dr. Arba'ie... Tak banyak pun salah, sebab semua aku buat berdasarkan apa yang Dr bagi tahu... (hehehe)
Pengorbanan yang berbaloi...
2012-06-11
Final Exam
Hari ni 12 jun 2012, maka bermulalah final exam aku..
Subjek ni aku tak skor sangat, sebab dalam kelas pun aku blur je..
Bukan aku sorang je macam tu, ramai jugak member aku cakap subjek ni susah sikit..
(hehehehe)
Apa-apa pun, usaha kan tangga kejayaan...
Tak ada yang mustahil jika kita mahu..
I'll try my best for today..
Insya Allah
2012-06-10
5 Hikmah Disebalik Ujian Dari Allah SWT
1. Memiliki hati yang lebih kuat, sebab kesulitan akan menguatkan hati kita.
2. Sedar dengan segala kekurangan dan kesalahan sehingga kita bertaubat dan dosa kita diampuni.
3. Bebas dari bersifat ujub, kesulitan adalah teguran yang lebih mematangkan kita.
4. Supaya kita tidak lalai dan sentiasa ingat kepada Allah SWT.
5. Kesulitan atau kesusahan adalah latihan dari Allah SWT untuk kita memahami hakikat kesabaran.
Hikmah :)
Setiap yang berlaku adalah ketentuan-Nya,
Mungkin terselit hikmah disebalik semua yang berlaku...
Apa yang perlu dibuat,
Hanya bersabar dan berdoa,
Semoga semua kembali seperti biasa..
Yang berlalu biarlah berlalu,
Usah dikenang perkara yang lepas..
Mungkin yang lebih lagi menanti..
Insya Allah...
2012-06-09
have fun with my little sis...
Disebabkan kitorang berdua nie selalu di tinggalkan oleh abah n family pergi Pahang, so kitorang keluar la 'berjimba'...
Selalunya kitorang lepak kat Alamanda je, kali nie up sikit... hehehe..
Kitorang pergi Mines...
Budak ni la yang kata dah boring pergi Alamanda... Malas nak cerita banyak-banyak
(So, layan je gambar kitorang ni)
Mula-mula sampai, cuci mata jap sambil tengok ikan-ikan ...
Lepas tu, Kitorang karaoke, 2 jam.. (hahaha) sampai tak de suara...
Dah puas melalak. kitorang makan..
Lepas makan, ambik angin kejap.. sebelum balik...
Sebelum balik tu, kitorang singgah la kat Dataran Putrajaya nie...
Cek mesej jap.. manalah tahu ada yang silap nombor ke.... hahahaha
Menikmati keindahan alam...
2012-06-07
Manusia sekarang....
Aku telah mencuba sedaya upaya aku untuk menjadi seorang penyabar...
Namun, kadang-kadang ada manusia yang tak berhati perut ni sengaja mencabar kesabaran aku...
Aku akan bertahan mengikut kemampuan aku...
Aku akan biarkan sekiranya tidak menyakitkan aku...
Bila dah sampai satu tahap, jangan salahkan aku jika aku melampaui batas...
P/s : Nak perasan pun agak-agak la wei.... Meluat aku...
2012-06-05
231 VS 343
Dah lama tak test skill memasak ni, ari nie tiba-tiba rasa nak masak...
So, kitorang masak telur dadar dan tomyam seafood..
telur dadar yang digoreng menggunakan rice cooker...
Sebahagian daripada bahan yang hendak dimasak...
Dan ni la hasilnya... Tom Yam Seafood... best.....
2012-06-04
Begini caranya
Tak sangka Si Sam ni boleh nyanyi... sedap jugak suara dia.... Muka dia yang tak tahan tu...
Comel sangat masa nyanyi...
Boleh saksi kan video dia kat sini..
layan je...
Subscribe to:
Posts (Atom)










