2014-09-08

Kisah suatu perhubungan

Sesuatu perhubungan, tidak kira lah hubungan persaudaraan, persahabatan, perkahwinan dan juga percintaan amat memerlukan komitment. Namun semua itu terpulang kepada diri setiap individu untuk mencorak dan membawa hubungan tersebut.

Contoh macam aku la kan, setelah banyak kali gagal perhubungan namun aku tidak pernah menyalahkan mana-mana pihak diatas kegagalan tersebut. Mungkin itu semua takdir yang sudah tersurat yang dia bukan jodoh kita. Untuk memulakan suatu hubungan baru, memerlukan banyak kesabaran, pemahaman dan juga persediaan untuk mengahadapi apa-apa jua yang bakal mendatang.

Kadang kala, hubungan itu menjadi sangat bahagia pada awalnya, namun pergaduhan akan tercutus seandainya ada sedikit salah faham antara satu sama lain. Di sini lah memerlukan banyak kesabaran dan pemahaman terhadap pasangan masing-masing. Pergaduhan itu tidak salah, kerana melaluinya kita akan lebih mengenali pasangan kita. Kita akan tahu apa yang menjadi kegemarannya, kesukaannya dan apa yang tidak disukainya serta pantang nya terhadap sesuatu perkara. Namun, jika dibiar berlarutan dikhuatiri akan ada permasalahan yang lain akan timbul dan sekali gus akan mengeruhkan lagi keadaan. 

Setiap pasangan haruslah menyiapkan diri dengan sikap bertolak ansur, memahami, saling percaya dan paling penting mudah untuk memaafkan. Bak kata pepatah,sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula sesama manusia. Setiap orang mempunyai perangai yang berbeza, andai ada yang silap, ada yang salah, tegur dan didiklah dengan cara yang elok, bukan dengan menghukum. Bagi peluang untuk pasangan membaiki diri, setiap orang layak untuk diberi peluang berubah ke arah yang lebih baik dan yang paling penting tidak ada manusia yang sempurna melainkan Allah SWT.

No comments:

Post a Comment