Dah lama rasanya tak update blog ni.. Tapi hari ni tiba-tiba rasa nak luahkan sesuatu . Kenapa perlu ada manusia yang jenis talam dua muka atau lebih tepat lagi manusia yang hipokrit. Rasanya tak perlu untuk cakap-cakap belakang, jika ada yang tidak puas hati, mahupun ada yang tak kena, seharusnya seseorang itu berterus terang. Ni tak, manusia ni lebih senang cakap-cakap belakang, mengumpat sesama sendiri. Perkara ini tidak seharusnya berlaku, kerana jika orang yang diumpatnya tahu mengenai perkara tersebut, keadaan akan bertambah buruk, seterusnya akan menyebabkan ikatan persahabatan atau persaudaraan menjadi renggang.
Bagi aku la kan, kalau di tempat kerja andai ada perkara yang tidak puas hati atau ada perkara yang menggangu kelancaran kerja, sepatutnya berterus terang dan nasihat menasihati antara satu sama lain. Ini tidak, mereka lebih suka cakap-cakap belakang. Paling menyakitkan hati, di depan kita mereka boleh berpura-pura baik dan menganggap tidak ada apa yang berlaku. Hal ini sepatutnya tidak patut berlaku dalam hidup bermasyarakat.
Insaf lah sebelum terlambat, jika nanti penghujung nya hanya akan memutuskan ikatan baik yang terjalin sesama kita....
No comments:
Post a Comment