2012-03-02

Teguran buat insan yang bergelar sahabat

Aku nak kongsi pendapat mengenai golongan muda yang terlalu obses atau pun terlalu taksub dengan cinta mereka. Bagi aku la kan, kita tak seharusnya terlalu emosional dalam benda-benda macam ni. Kita masih muda dan banyak lagi benda yang harus kita buat, tambahan lagi tanggungjawab kepada keluarga terutamanya kepada ibu bapa kita. Kekasih yang kita dok sayang dan puja siang malam itu, belum tentu lagi jadi milik kita suatu hari nanti. Bercinta tu bercinta juga, tapi biar berpada dan bersederhana.

Bercinta sebenarnya tidak digalakkan dalam islam, yang aku tahu la. Aku pun bukanlah fasih sangat mengenai ilmu agama ni, tapi aku masih lagi mencari dan belajar mengenai agama secara mendalam (tak ada manusia yang sempurna).  Bagi golongan ini, mereka tidak segan silu melakukan maksiat bersama pasangan mereka, kononnya bukti cinta. Bagi aku la kan, entah apa-apa la diorang nie. 

Banyak  keluar di dada akhbar yang memaparkan berita seumpama ini. Ada yang sanggup bunuh diri kerana di tinggalkan, sanggup lari dari rumah kononnya nak hidup bersama sampai akhir hayat dan tak kurang juga mereka yang sanggup membuang ibu bapa kerana cinta.

Melihat kepada keadaan ini, aku sendiri berasa takut. Manalah tahu akan terjadi kepada diri sendiri atau pun keluarga kita. Tapi, aku berharap perkara sebegini tidak berlaku kepada diri aku dan juga orang lain, minta dijauhkan, dengan izinNya.

Kepada sahabat aku yang paling dekat dengan aku, aku menegur bukan bererti aku dengki atau cemburu dengan kalian, tetapi aku hanya ingin menasihati agar kita tidak tersasar dari matlamat hidup kita yang sebenar. Jika 'dia' kekasih yang sebenar, 'dia' tidak akan menarik 'dirimu' kearah maksiat yang hanya akan menghancurkan masa depan dan  'dirimu'.

No comments:

Post a Comment