Ada apa dengan perasaan rindu??
Tp itu la yg ak rsa skrg.. ak rindu dia sngt2. Walaupn sdh hmpir setahun , tetapi rsa itu dan perasaan itu ttp sama. Sukar untuk ak menangkis setiap kenangan yang datang .
Sejujurnya, ak rndu dia.
Siti Nur Hidayat Romlan
Tidak ada daun yang gugur, Yang tidak diketahui oleh-Nya....
2016-04-30
2016-03-09
2014-09-08
Kisah suatu perhubungan
Sesuatu perhubungan, tidak kira lah hubungan persaudaraan, persahabatan, perkahwinan dan juga percintaan amat memerlukan komitment. Namun semua itu terpulang kepada diri setiap individu untuk mencorak dan membawa hubungan tersebut.
Contoh macam aku la kan, setelah banyak kali gagal perhubungan namun aku tidak pernah menyalahkan mana-mana pihak diatas kegagalan tersebut. Mungkin itu semua takdir yang sudah tersurat yang dia bukan jodoh kita. Untuk memulakan suatu hubungan baru, memerlukan banyak kesabaran, pemahaman dan juga persediaan untuk mengahadapi apa-apa jua yang bakal mendatang.
Kadang kala, hubungan itu menjadi sangat bahagia pada awalnya, namun pergaduhan akan tercutus seandainya ada sedikit salah faham antara satu sama lain. Di sini lah memerlukan banyak kesabaran dan pemahaman terhadap pasangan masing-masing. Pergaduhan itu tidak salah, kerana melaluinya kita akan lebih mengenali pasangan kita. Kita akan tahu apa yang menjadi kegemarannya, kesukaannya dan apa yang tidak disukainya serta pantang nya terhadap sesuatu perkara. Namun, jika dibiar berlarutan dikhuatiri akan ada permasalahan yang lain akan timbul dan sekali gus akan mengeruhkan lagi keadaan.
Setiap pasangan haruslah menyiapkan diri dengan sikap bertolak ansur, memahami, saling percaya dan paling penting mudah untuk memaafkan. Bak kata pepatah,sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula sesama manusia. Setiap orang mempunyai perangai yang berbeza, andai ada yang silap, ada yang salah, tegur dan didiklah dengan cara yang elok, bukan dengan menghukum. Bagi peluang untuk pasangan membaiki diri, setiap orang layak untuk diberi peluang berubah ke arah yang lebih baik dan yang paling penting tidak ada manusia yang sempurna melainkan Allah SWT.
2014-09-06
hipokrit
Dah lama rasanya tak update blog ni.. Tapi hari ni tiba-tiba rasa nak luahkan sesuatu . Kenapa perlu ada manusia yang jenis talam dua muka atau lebih tepat lagi manusia yang hipokrit. Rasanya tak perlu untuk cakap-cakap belakang, jika ada yang tidak puas hati, mahupun ada yang tak kena, seharusnya seseorang itu berterus terang. Ni tak, manusia ni lebih senang cakap-cakap belakang, mengumpat sesama sendiri. Perkara ini tidak seharusnya berlaku, kerana jika orang yang diumpatnya tahu mengenai perkara tersebut, keadaan akan bertambah buruk, seterusnya akan menyebabkan ikatan persahabatan atau persaudaraan menjadi renggang.
Bagi aku la kan, kalau di tempat kerja andai ada perkara yang tidak puas hati atau ada perkara yang menggangu kelancaran kerja, sepatutnya berterus terang dan nasihat menasihati antara satu sama lain. Ini tidak, mereka lebih suka cakap-cakap belakang. Paling menyakitkan hati, di depan kita mereka boleh berpura-pura baik dan menganggap tidak ada apa yang berlaku. Hal ini sepatutnya tidak patut berlaku dalam hidup bermasyarakat.
Insaf lah sebelum terlambat, jika nanti penghujung nya hanya akan memutuskan ikatan baik yang terjalin sesama kita....
2013-12-29
baru aku tahu..
baru aku tahu betapa peritnya hidup sendiri ni.. semua kena buat sendiri, senang cerita kena berdiri atas kaki sendiri.. Maknanya aku kena lebih kuat untuk mengharungi semua ni... Insya Allah.
2013-12-25
sekali lagi..
Memang aku tak sangka akan kembali semula ke sini. Mungkin ini adalah takdir yang tersurat untuk aku dan aku redha menerimanya. Agak sukar untuk mengulang kembali sesuatu yang telah kita lakukan suatu masa dahulu. Entah lah, aku pun kadang-kadang pening bila memikirkan tentang masa depan, namun aku harus berusaha dan mulakan dari bawah untuk mengapainya.
2013-12-24
2013 hampir menutup tirai....
Assalamualaikum semua... Rasanya macam dah lama sangat aku tak update blog ni. Tahun 2013 sudah hampir ke penghujungnya, terlalu banyak kenangan suka dan duka yang tak dapat dilupakan. Memberi 1001 pengertian dalam mengharungi kehidupan.
Subscribe to:
Posts (Atom)