2013-02-25
kerja
Dah lama aku tak update blog ni... dah bersawang pun, aku cukup bz sekarang ni dengan kerja baru..
2012-06-21
Hanya Allah yang tahu
Bila aku mula suka dan sayangkan seseorang,
Perkara yang sama akan berlaku,
Mereka akan meninggalkan aku tanpa sebarang alasan,
tanpa satu sebab yang kukuh..
Belum pun aku meluahkan perasaan,
Aku di tinggalkan seperti aku tidak layak untuk dihargai..
Puas sudah aku meratapi,
Melihat kekurangan diri,
Namun, diakhir cerita, Aku yang akan menyendiri...
*Sampai bila aku harus menanggung kesakitan di atas perasaan dengki khianat manusia ini...
Aku hanya manusia biasa yang bisa menangis bila sakit,
Akan kecewa bila dilukai..
*Teganya engkau manusia yang hanya memikirkan kenikmatan hidup di dunia..
Aku tidak akan pernah memaafkan manusia yang membuat hidup aku menderita dan hampir musnah..
Moga Allah membuka pintu hati aku untuk memaafkan..
Moga Allah mengampunkan dosa yang telah engkau lakukan..
2012-06-19
Rasa hatiku...
Mungkin lagu ni boleh mewakili rasa hati aku...
(hahahaha) tak sangka aku boleh layan lagu korea..
Aku tak tahu apa tajuk lagu ni,
Tapi lagu nie best,
lepas tu dengan adanya english subtitle boleh la aku faham..
Terima Kasih, Ya Allah...
Syukur ku panjatkan kepadaMu,
Setelah segalnya dilalui dengan penuh kesabaran,
Akhirnya, berkat Kesabaran itu membuahkan hasil..
Terlalu indah untuk diungkapkan..
Terima Ksih, Ya Tuhanku..
2012-06-16
Apa yang aku rasa?
Sebenarnya, aku tak rasa apa-apa pun,
Perasaan aku cam sebal je,
Ntah la, susah nak JELASKAN..
2012-06-13
Usaha yang membuahkan hasil...
Setelah 2 sem aku berhempas pulas dan melalui perit jerih untuk menyiapkan Projek Ilmiah Tahun Akhir (PITA) ni, hari aku mampu tersenyum dan berbangga dengan hasilnya..
Dalam proses untuk menyiapkannya pelbagai perasaan yang aku alami,
Takut, sedih, pedih, suka dan duka silih berganti..
Sukar untuk aku gambarkan perasaan aku sekarang, hanya Allah yang tahu...
Terima kasih aku ucapkan kepada Family aku, terutamanya kedua ibu bapa aku yang banyak memberi sokongan dari segi semangat dan juga kewangan (sudah semestinya, hehehe)
Tak lupa juga kepada penyelia aku, (Prof. Madya. Dr. Arba'ie Sujud) yang banyak memberi dorongan dan tunjuk ajar semasa aku menyiapkan PITA. Walaupun setiap kali jumpa untuk penyeliaan, aku dan rakan seperjuangan sering kali dimarah, ditengking dan sebagainya,
namun ia adalah untuk kebaikan bersama.
Masa mula-mula jumpa untuk penyeliaan PITA,
memang takut habis, siap baca doa lagi sebelum masuk.
Bila dah lama bekerjasama, Dr memang sporting... Tapi takut tetap ada (hehehe)
Semua kerja nak kena perfect, kalau tak kena reject..
Ni la dia orangnya, gambar nie masa Dr jadi Ketua Jabatan BM..
Sekarang ni dah jadi Timbalan Dekan
Final draf.. Sebelum dibukukan... Aku rasa nak macam nak melompat, nak gelak sampai golek-golek pun ada masa Dr cakap, "Hidayat, awak dah boleh bukukan PITA ni"...
Dan.. ini lah hasilnya..... Setelah dua sem bertungkus lumus..
Pengorbanan yang berbaloi...
namun ia adalah untuk kebaikan bersama.
Masa mula-mula jumpa untuk penyeliaan PITA,
memang takut habis, siap baca doa lagi sebelum masuk.
Bila dah lama bekerjasama, Dr memang sporting... Tapi takut tetap ada (hehehe)
Semua kerja nak kena perfect, kalau tak kena reject..
Ni la dia orangnya, gambar nie masa Dr jadi Ketua Jabatan BM..
Sekarang ni dah jadi Timbalan Dekan
Banyak pengalaman yang aku dapat masa menyiapkan PITA. Dengan siapnya PITA nie,buat aku makin tak sabar untuk bergraduat.. Sebabnya, aku dan rakan2 aku selalu je kena ugut. Dr cakap, kalau kitorang tak siapkan PITA ni dalam masa yang ditetapkan, semester depan boleh jumpa lagi.. Isi je borang..
(hahahaha, macam tu la keadaan kami)
Ni adalah draf pertama yang aku Submit kat Dr. Arba'ie... Tak banyak pun salah, sebab semua aku buat berdasarkan apa yang Dr bagi tahu... (hehehe)
Pengorbanan yang berbaloi...
2012-06-11
Final Exam
Hari ni 12 jun 2012, maka bermulalah final exam aku..
Subjek ni aku tak skor sangat, sebab dalam kelas pun aku blur je..
Bukan aku sorang je macam tu, ramai jugak member aku cakap subjek ni susah sikit..
(hehehehe)
Apa-apa pun, usaha kan tangga kejayaan...
Tak ada yang mustahil jika kita mahu..
I'll try my best for today..
Insya Allah
Subscribe to:
Posts (Atom)