2012-06-01

Kawan Lama

Dah lama tak dengar khabar pasal kawan aku yang sorang ni..
Tiba-tiba semalam muncul balik..
Walau pun dia ni jenis yang gila-gila dan suka main-main..
Tapi aku suka kawan dengan dia..
Sebab dia tak pernah pura-pura baik,
Dia tak pernah nak hipokrit,
Selalu mengaku kesalahan yang dia buat,
Dia juga sering melihat kekurangan dalam diri dia, dengan perlahan dia perbaiki kekurangan yang ada..
Aku juga suka kawan dengan dia,
Sebab cara dia melihat kehidupan dengan serius..
Walaupun selalu je main-main,
Tapi, pemikirannya jauh kehadapan..
Kesimpulannya,
Aku suka kawan dengan dia,
Sebab dia adalah dia..

2012-05-31

Kejamkah aku..

Tanpa sengaja aku sering menyakitkan hati orang lain dengan kata-kata aku...
Aku juga sering mempermainkan perasaan orang lain., sedangkan pada hakikatnya jiwa aku juga tersiksa..
Kejamkah aku seandainya ingin membuat orang lain merasakan sedikit kesakitan dan kelukaan yang aku rasakan ini...
Kejamkah aku, sehingga kini aku hanya membiarkan ianya terus terjadi...
Sedikit demi sedikit membunuh jiwa aku secara perlahan-lahan..
Kejamkah aku....


Mood: Tak boleh tidur (penyakit nie datang lagi)

2012-05-30

Andai aku bercinta lagi...

Andai ku bercinta lagi..
Suatu hari nanti..
Tunjukkan di mana..
Ruang hati untuknya yang  masih belum kau huni..

Apabila tiba waktu bersemuka...
Ku perlu pejamkan mata...
dan memaksa lafaz cinta..
Dengan bayangmu di minda...

(Kedengaran sangat kejam, namun ini yang akan berlaku bila terlalu mencintai seseorang)


1001 pengalaman....

Banyak pengalaman yang telah di lalui dalam hidup...
Banyak juga yang telah aku belajar dalam mengenal erti hidup dan manusia di sekeliling aku...
Namun, kebanyakkannya hanya tahu menilai diri kita melalui luaran...
Tanpa mengetahui siapa diri kita sebenarnya..
Mungkin juga itu adalah satu petanda bahawa dia bukanlah yang terbaik untuk kita....
Apa-apa hal pun, sebelum menilai orang kita perlu melihat secara keseluruhan... bukan hanya melalui luaran sahaja...
Kadang-kadang, luaran atau perbuatan yang ditunjukkan bukanlah sesuatu yang benar...
Mungkin juga sebagai satu ujian kepada seseorang tu......


:)

2012-05-29

Syukur

Akhirnya Projek Ilmiah Tahun Akhir (PITA) aku telah diperiksa dan diberi balik tadi untuk dibaiki.... Alhamdulillah.... Tak banyak yang kena baiki.. Cuma dari segi teknikal je yang perlu diberi perhatian...

2012-05-27

Alamanda + Jom Heboh + Cyberjaya



Hari sabtu ari tu, aku dan family keluar pergi jalan-jalan. Mulanya ingat nak pergi Alamanda je, tapi bila dah tengok banyak kereta yang menghala ke arah dataran Putrajaya. So, kitorang pun pergilah untuk tengok kemeriahan sambutan hari belia dan Jom Heboh.

Memang meriah . Ramai  giler orang kat sana. Cuaca tak yah cakap la, pukul 2 petang  masa tu, matahari terpacak atas kepala, panas......

Tapi kitorang tetap semangat jalan... Jauh pulak tu, dalam 3 @ 4 km dari tempat parkir kereta. Kalau hari biasa tak de nya nak jalan macam tu.. Disebabkan nak sangat tengok keadaan kat sana, maka terpaksa jalan kaki...

Lama jugak dok pusing dalam tu, pukul 4 petang kitorang balik. Tapi pukul 5 lebih baru boleh keluar dari Putrajaya tu.. Jalan sesak giler.. Disebabkan lama sangat dok dalam kereta tu, perut pun kembali lapar..
So, sebelum balik tu pergi Cyberjaya kejap, isi perut dulu...



Masa baru sampai kat Putrajaya... (kena jalan kaki nak masuk dalam)


Dah sampai, ni baru tempat perhimpunan belia.. Jom Heboh jauh lagi....


Pameran oleh semua anggota pakaian seragam... Bomba, Polis, Askar dan sebagainya..










Perjalanan menuju ke tapak Jom Heboh...













 Di sebabkan jauh sangat jalam, singgah kejap ambik gambar dengan karakter anime..




Tempat ni paling aku suka, Beli 1 seringgit. Beli 10 dapat free 5.. So, kitorang borong banyak-banyak... Puas hati, sebab cantik sangat...



Sampai juga kat Jom Heboh... Tak de la heboh sangat. Sebab panas ... ramai jugak artis yang turun padang.. Tapi, aku tak berminat pun nak snap gambar dengan diorang...






Gambar artis yang sempat di snap masa dok jalan-jalan... 

 Ni Qi, pakwe Si Yuna.. Kat belakang tu, Aiman (Vanila coklat)


 Penat jalan, rehat kejap... sebelum balik...

2012-05-24

interview... oh.. interview

Dua minggu lepas, ada la sorang hamba Allah ni tawarkan aku kerja. Bukan kerja besar pun, tapi berbaloi juga kalau dapat. Aku tanya la dia, bila nak pakai orang sebab aku tamat pengajian kat UPM ni pun dalam pertengahan bulan 6. So dia cakap, kalau boleh secepat mungkin sebab dia nak tukar ke tempat lain. Dalam masa dok berbincang tu, dia kata apa-apa hal pun hantar resume dulu. Sebab benda macam ni, walau nak cepat sekalipun bukan dalam masa sehari boleh siap. Aku pun ikut cakap dia dan hantar la resume tu. Semalam aku dapat mesej kat fb, dia cakap resume aku telah diproses dan diterima.  Aku dikehendaki menghadiri interview untuk kerja tu pada 12 Jun 2012. Aku pun tertengok  kalendar yang melekat kat dinding aku tu, 12 Jun 2012 adalah tarikh aku exam. Final exam tu... Dah la subjek ni aku tak berapa nak pandai... Aku pun bagi tahu dia, dukacita memaklumkan bahawa aku tak dapat menghadiri interview tersebut. Dia pun tak dapat nak buat apa-apa sebab tarikh tersebut telah ditentukan oleh pihak atasan. Dia macam terkilan sikit So, aku bagi tahu dia, tak de rezeki la tu. Bagi aku pula, ni satu pengalaman baru. Pengalaman pertama hantar resume untuk minta kerja dan berurusan dengan pihak atasan. Best jugak rasanya... :)