2011-11-02

Kisah kami..


Akhirnya selesai juga untuk hari ni. Kami sekumpulan berpuas hati dengan hasil kerja ni..

2011-11-01

Semua tentang kita...

Akhirnya siap sudah video klip ni.. Tajuk lagu yang dipilih ialah, Semua tentang kita, nyanyian Peterpan.. punya la dasyat nak siapkan benda ni, tapi alhamdulillah Allah pemudahkan segalanya... Bermacam dugaan terpaksa ditempuhi dalam menyiapkan kerja ni. Kerjasama antara ahli kumpulan memang bagus dan sangat baik... Terima kasih kepada semua ahli kumpulan BARA,  kerana  mengorbankan sedikit waktu, dan tenaga untuk besama-sama menyiapkan kerja ini. Terima kasih juga kerana sanggup bermalam di dewan putra 2...  ni la hasil daripada kerjasama kami..






2011-10-30

Perkara yang memang aku tak boleh lupakan...

Terlalu banyak perkara yang berlaku dalam hidup memang tak dapat dilupakan. Setiap yang berlaku banyak meninggalkan kesan pada kehidupan sama ada pahit atau manis perkara tersebut. Yang manis akan tetap menjadi ingatan dan dikenang sepanjang hayat, yang pahit dijadikan pengajaran dalam meneruskan hidup :)

Antara perkara  yang tak dapat aku lupakan ialah pertama kali kena masuk asrama. Hal ini berlaku semasa aku di tingkatan 6. Sebelum ini, aku tak pernah hidup berjauhan dengan keluarga, tiba-tiba bila naik tingkatan 6 atas, ma aku yang tercinta ni paksa aku untuk tinggal di asrama.  Kerana baginya amat mudah untuk aku belajar jika tinggal di asrama,  bagi aku pula kat mana-mana pun sama je kalau kita nak belajar kecuali asrama. Ma aku ni lain, yang aku tak suka juga lah dia suruh buat. Dengan berat hati dan tangisan yang tak henti-henti aku pun terpaksa ikut cakap dia dan untuk pertama kalinya aku tinggal berjauhan dengan keluarga. Amat perit juga la bagi yang tak biasa tinggal jauh dengan ma ni, nak buat macam mana keputusan dah dibuat. Hari-hari yang dilalui memang susah lah, tapi lama kelamaan perkara tu jadi biasa sampai la sekarang. Sekarang ni, aku dah boleh tinggal berjauhan dengan ma, walaupun rindu datang menyapa. Memang perkara nie akan aku ingat sampai bila-bila.

Perkara kedua yang tak dapat aku lupakan ialah semasa menerima berita kemalangan abah ku yang tersayang. Perkara ni berlaku pada awal tahun ni. Menggigil seluruh badan bila syarikat tempat dia kerja call kami kat rumah dan bagi tahu abah terlibat dalam kemalangan kat  highway Puchong. Selalunya dia pergi kerja dengan kereta, tapi tak tahu la kenapa hari tu dia pergi kerja dengan motor. Boss dia cakap yang motor abah naik semasa dalam perjalanan ke tempat kerja kena langgar dengan lori. Kitorang pun bergegas pergi untuk melihat abah ditempat kejadian. Apabila sampai disana memang nak pengsan tengok keadaan masa tu dengan lori terbalik, motor abah dah remuk teruk. Tapi alhamdulillah, abah aku selamat dan lori tu terbalik sebab nak mengelak dari langgar dia. Keadaan abah pun tak lah teruk sangat, luka-luka biasa je. Ni la perkara yang paling menakutkan dan sampai bila pun akan diingati.

Dua perkara ni la yang aku akan ingat sampai bila-bila pun, sebab ianya melibatkan orang yang paling aku sayang kat dunia ni. Memang banyak perkara yang tak dapat dilupakan dalam hidup ni, cuma perkara ni lah yang masih segar dalam ingatan sehingga ke hari ini.

2011-10-23

Be strong!!!

Kadang-kadang bila diingatkan kembali kisah yang lalu mau jugak meraung sekuat hati, nak tunjukkan betapa sakitnya.. Tapi tak de guna jugak semua tu, buat tambah sakit ada la... Kepada teman baik ku ini, juga merangkap sahabat yang ku anggap sejati ni, terima kasih atas semua sokongan dan semangat yang telah diberikan semoga ikatan ini akan terus kekal dan dirahmati oleh Allah..

2011-10-22

Cuti

Cuti pertengahan sem dah bermula.. Rasa rileks sikit, tapi boring pun ada jugak.. tak ada plan nak pergi mana-mana.. Yang ada cuma tugasan yang telah diamanahkan untuk disiapkan dalam masa cuti nie... Apa-apa pun, enjoy dengan cuti nie... 

2011-10-18

My life is about J

Hmmm, rasanya Jonh tu gelaran untuk seseorang,
Jonah pula adalah kawan kepada Dr.Notts,
Jasper ni boleh jadi bunian, hantu dan makhluk ghaib yang jaga bilik doktor..