2011-10-30

Perkara yang memang aku tak boleh lupakan...

Terlalu banyak perkara yang berlaku dalam hidup memang tak dapat dilupakan. Setiap yang berlaku banyak meninggalkan kesan pada kehidupan sama ada pahit atau manis perkara tersebut. Yang manis akan tetap menjadi ingatan dan dikenang sepanjang hayat, yang pahit dijadikan pengajaran dalam meneruskan hidup :)

Antara perkara  yang tak dapat aku lupakan ialah pertama kali kena masuk asrama. Hal ini berlaku semasa aku di tingkatan 6. Sebelum ini, aku tak pernah hidup berjauhan dengan keluarga, tiba-tiba bila naik tingkatan 6 atas, ma aku yang tercinta ni paksa aku untuk tinggal di asrama.  Kerana baginya amat mudah untuk aku belajar jika tinggal di asrama,  bagi aku pula kat mana-mana pun sama je kalau kita nak belajar kecuali asrama. Ma aku ni lain, yang aku tak suka juga lah dia suruh buat. Dengan berat hati dan tangisan yang tak henti-henti aku pun terpaksa ikut cakap dia dan untuk pertama kalinya aku tinggal berjauhan dengan keluarga. Amat perit juga la bagi yang tak biasa tinggal jauh dengan ma ni, nak buat macam mana keputusan dah dibuat. Hari-hari yang dilalui memang susah lah, tapi lama kelamaan perkara tu jadi biasa sampai la sekarang. Sekarang ni, aku dah boleh tinggal berjauhan dengan ma, walaupun rindu datang menyapa. Memang perkara nie akan aku ingat sampai bila-bila.

Perkara kedua yang tak dapat aku lupakan ialah semasa menerima berita kemalangan abah ku yang tersayang. Perkara ni berlaku pada awal tahun ni. Menggigil seluruh badan bila syarikat tempat dia kerja call kami kat rumah dan bagi tahu abah terlibat dalam kemalangan kat  highway Puchong. Selalunya dia pergi kerja dengan kereta, tapi tak tahu la kenapa hari tu dia pergi kerja dengan motor. Boss dia cakap yang motor abah naik semasa dalam perjalanan ke tempat kerja kena langgar dengan lori. Kitorang pun bergegas pergi untuk melihat abah ditempat kejadian. Apabila sampai disana memang nak pengsan tengok keadaan masa tu dengan lori terbalik, motor abah dah remuk teruk. Tapi alhamdulillah, abah aku selamat dan lori tu terbalik sebab nak mengelak dari langgar dia. Keadaan abah pun tak lah teruk sangat, luka-luka biasa je. Ni la perkara yang paling menakutkan dan sampai bila pun akan diingati.

Dua perkara ni la yang aku akan ingat sampai bila-bila pun, sebab ianya melibatkan orang yang paling aku sayang kat dunia ni. Memang banyak perkara yang tak dapat dilupakan dalam hidup ni, cuma perkara ni lah yang masih segar dalam ingatan sehingga ke hari ini.

No comments:

Post a Comment