Terbang burung dari selatan,
Dipuput angin sangga bayu;
Bukalah surat dari lipatan,
Lihatlah pantun bahasa Melayu.
Anak itik pandai menari,
Anak angsa terlompat-lompat;
Rupa cantik dapat dicari,
Budi bahasa mana nak dapat.
Ada padi adalah beras,
Bertanak nasi periuk tembaga;
Ada budi adalah balas,
Orang berbudi kita berbahasa.
Asam kandis mari dihiris,
Manis sekali rasa isinya;
Dilihat manis dipandang manis,
Lebih manis hati budinya.
2012-03-05
Jalan-jalan, makan angin
Seharian berjalan memang penat, banyak tempat yang kitorang pergi. Mydin + Alamanda + Dengkil + PICC .
Sebab penat sangat, so kitorang pun singgah kat PICC ni kejap, ambik angin petang...
Tak kan rehat je kan.... Alang-alang dah sampai, ambil la gambar sikit buat kenangan...
2012-03-02
Teguran buat insan yang bergelar sahabat
Aku nak kongsi pendapat mengenai golongan muda yang terlalu obses atau pun terlalu taksub dengan cinta mereka. Bagi aku la kan, kita tak seharusnya terlalu emosional dalam benda-benda macam ni. Kita masih muda dan banyak lagi benda yang harus kita buat, tambahan lagi tanggungjawab kepada keluarga terutamanya kepada ibu bapa kita. Kekasih yang kita dok sayang dan puja siang malam itu, belum tentu lagi jadi milik kita suatu hari nanti. Bercinta tu bercinta juga, tapi biar berpada dan bersederhana.
Bercinta sebenarnya tidak digalakkan dalam islam, yang aku tahu la. Aku pun bukanlah fasih sangat mengenai ilmu agama ni, tapi aku masih lagi mencari dan belajar mengenai agama secara mendalam (tak ada manusia yang sempurna). Bagi golongan ini, mereka tidak segan silu melakukan maksiat bersama pasangan mereka, kononnya bukti cinta. Bagi aku la kan, entah apa-apa la diorang nie.
Banyak keluar di dada akhbar yang memaparkan berita seumpama ini. Ada yang sanggup bunuh diri kerana di tinggalkan, sanggup lari dari rumah kononnya nak hidup bersama sampai akhir hayat dan tak kurang juga mereka yang sanggup membuang ibu bapa kerana cinta.
Melihat kepada keadaan ini, aku sendiri berasa takut. Manalah tahu akan terjadi kepada diri sendiri atau pun keluarga kita. Tapi, aku berharap perkara sebegini tidak berlaku kepada diri aku dan juga orang lain, minta dijauhkan, dengan izinNya.
Kepada sahabat aku yang paling dekat dengan aku, aku menegur bukan bererti aku dengki atau cemburu dengan kalian, tetapi aku hanya ingin menasihati agar kita tidak tersasar dari matlamat hidup kita yang sebenar. Jika 'dia' kekasih yang sebenar, 'dia' tidak akan menarik 'dirimu' kearah maksiat yang hanya akan menghancurkan masa depan dan 'dirimu'.
Di tinggalkan
Hari ni dok sorang-sorang je kat bilik...
Liza keluar dengan Nini, diorang pergi Sogo kalau tak silap la...
Aku di tinggalkan...
Sebab tak larat nak jalan jauh-jauh...
Lenguh kaki semalam pun belum kurang lagi, kalau ditambah hari ni, alamatnya pengsan la aku..
Tak sanggup rasanya...
Mida balik rumah abang dia minggu ni, jadi 'baby sitters'...
Boring nya aku..
Liza keluar dengan Nini, diorang pergi Sogo kalau tak silap la...
Aku di tinggalkan...
Sebab tak larat nak jalan jauh-jauh...
Lenguh kaki semalam pun belum kurang lagi, kalau ditambah hari ni, alamatnya pengsan la aku..
Tak sanggup rasanya...
Mida balik rumah abang dia minggu ni, jadi 'baby sitters'...
Boring nya aku..
Dah lama rasanya
Dah berbulan rasanya tak update blog ni, bukan apa, cuma sibuk je sekarang ni. Maklumlah dah tahun akhir...
Tiba-tiba je tangan rasa gatal nak menaip...
Tak lama lagi aku dah nak habis belajar kat sini...
Harap semuanya dipermudahkan olehNya...
Insya Allah...
Tiba-tiba je tangan rasa gatal nak menaip...
Tak lama lagi aku dah nak habis belajar kat sini...
Harap semuanya dipermudahkan olehNya...
Insya Allah...
Subscribe to:
Posts (Atom)