Setelah 2 sem aku berhempas pulas dan melalui perit jerih untuk menyiapkan Projek Ilmiah Tahun Akhir (PITA) ni, hari aku mampu tersenyum dan berbangga dengan hasilnya..
Dalam proses untuk menyiapkannya pelbagai perasaan yang aku alami,
Takut, sedih, pedih, suka dan duka silih berganti..
Sukar untuk aku gambarkan perasaan aku sekarang, hanya Allah yang tahu...
Terima kasih aku ucapkan kepada Family aku, terutamanya kedua ibu bapa aku yang banyak memberi sokongan dari segi semangat dan juga kewangan (sudah semestinya, hehehe)
Tak lupa juga kepada penyelia aku, (
Prof. Madya. Dr. Arba'ie Sujud) yang banyak memberi dorongan dan tunjuk ajar semasa aku menyiapkan PITA. Walaupun setiap kali jumpa untuk penyeliaan, aku dan rakan seperjuangan sering kali dimarah, ditengking dan sebagainya,
namun ia adalah untuk kebaikan bersama.
Masa mula-mula jumpa untuk penyeliaan PITA,
memang takut habis, siap baca doa lagi sebelum masuk.
Bila dah lama bekerjasama, Dr memang
sporting... Tapi takut tetap ada (hehehe)
Semua kerja nak kena
perfect, kalau tak kena
reject..
Ni la dia orangnya, gambar nie masa Dr jadi Ketua Jabatan BM..
Sekarang ni dah jadi Timbalan Dekan
Banyak pengalaman yang aku dapat masa menyiapkan PITA. Dengan siapnya PITA nie,buat aku makin tak sabar untuk bergraduat.. Sebabnya, aku dan rakan2 aku selalu je kena ugut. Dr cakap, kalau kitorang tak siapkan PITA ni dalam masa yang ditetapkan, semester depan boleh jumpa lagi.. Isi je borang..
(hahahaha, macam tu la keadaan kami)
Ni adalah draf pertama yang aku Submit kat Dr. Arba'ie... Tak banyak pun salah, sebab semua aku buat berdasarkan apa yang Dr bagi tahu... (hehehe)
Final draf.. Sebelum dibukukan... Aku rasa nak macam nak melompat, nak gelak sampai golek-golek pun ada masa Dr cakap, "Hidayat, awak dah boleh bukukan PITA ni"...
Dan.. ini lah hasilnya..... Setelah dua sem bertungkus lumus..
Pengorbanan yang berbaloi...