2011-10-30

Perkara yang memang aku tak boleh lupakan...

Terlalu banyak perkara yang berlaku dalam hidup memang tak dapat dilupakan. Setiap yang berlaku banyak meninggalkan kesan pada kehidupan sama ada pahit atau manis perkara tersebut. Yang manis akan tetap menjadi ingatan dan dikenang sepanjang hayat, yang pahit dijadikan pengajaran dalam meneruskan hidup :)

Antara perkara  yang tak dapat aku lupakan ialah pertama kali kena masuk asrama. Hal ini berlaku semasa aku di tingkatan 6. Sebelum ini, aku tak pernah hidup berjauhan dengan keluarga, tiba-tiba bila naik tingkatan 6 atas, ma aku yang tercinta ni paksa aku untuk tinggal di asrama.  Kerana baginya amat mudah untuk aku belajar jika tinggal di asrama,  bagi aku pula kat mana-mana pun sama je kalau kita nak belajar kecuali asrama. Ma aku ni lain, yang aku tak suka juga lah dia suruh buat. Dengan berat hati dan tangisan yang tak henti-henti aku pun terpaksa ikut cakap dia dan untuk pertama kalinya aku tinggal berjauhan dengan keluarga. Amat perit juga la bagi yang tak biasa tinggal jauh dengan ma ni, nak buat macam mana keputusan dah dibuat. Hari-hari yang dilalui memang susah lah, tapi lama kelamaan perkara tu jadi biasa sampai la sekarang. Sekarang ni, aku dah boleh tinggal berjauhan dengan ma, walaupun rindu datang menyapa. Memang perkara nie akan aku ingat sampai bila-bila.

Perkara kedua yang tak dapat aku lupakan ialah semasa menerima berita kemalangan abah ku yang tersayang. Perkara ni berlaku pada awal tahun ni. Menggigil seluruh badan bila syarikat tempat dia kerja call kami kat rumah dan bagi tahu abah terlibat dalam kemalangan kat  highway Puchong. Selalunya dia pergi kerja dengan kereta, tapi tak tahu la kenapa hari tu dia pergi kerja dengan motor. Boss dia cakap yang motor abah naik semasa dalam perjalanan ke tempat kerja kena langgar dengan lori. Kitorang pun bergegas pergi untuk melihat abah ditempat kejadian. Apabila sampai disana memang nak pengsan tengok keadaan masa tu dengan lori terbalik, motor abah dah remuk teruk. Tapi alhamdulillah, abah aku selamat dan lori tu terbalik sebab nak mengelak dari langgar dia. Keadaan abah pun tak lah teruk sangat, luka-luka biasa je. Ni la perkara yang paling menakutkan dan sampai bila pun akan diingati.

Dua perkara ni la yang aku akan ingat sampai bila-bila pun, sebab ianya melibatkan orang yang paling aku sayang kat dunia ni. Memang banyak perkara yang tak dapat dilupakan dalam hidup ni, cuma perkara ni lah yang masih segar dalam ingatan sehingga ke hari ini.

2011-10-23

Be strong!!!

Kadang-kadang bila diingatkan kembali kisah yang lalu mau jugak meraung sekuat hati, nak tunjukkan betapa sakitnya.. Tapi tak de guna jugak semua tu, buat tambah sakit ada la... Kepada teman baik ku ini, juga merangkap sahabat yang ku anggap sejati ni, terima kasih atas semua sokongan dan semangat yang telah diberikan semoga ikatan ini akan terus kekal dan dirahmati oleh Allah..

2011-10-22

Cuti

Cuti pertengahan sem dah bermula.. Rasa rileks sikit, tapi boring pun ada jugak.. tak ada plan nak pergi mana-mana.. Yang ada cuma tugasan yang telah diamanahkan untuk disiapkan dalam masa cuti nie... Apa-apa pun, enjoy dengan cuti nie... 

2011-10-18

My life is about J

Hmmm, rasanya Jonh tu gelaran untuk seseorang,
Jonah pula adalah kawan kepada Dr.Notts,
Jasper ni boleh jadi bunian, hantu dan makhluk ghaib yang jaga bilik doktor..

2011-10-17

Kepuraan

Ada sorang makhluk Allah nie, aku tak tahu la apa motif dia yang sebenar.. Nak dijadikan cerita ada la satu hari tu, aku dengan kawan sorang lagi ni pinjam la barang ngan budak nie. masa nak pinjam tu, ok je dia bagi.. jadinya kitorang fikir memang tak ada masalah la kalau pinjam barang dia. Tapi blm sempat lagi kitorang guna, dia dah sebarkan kat orang lain yang dia tak suka orang pinjam barang dia. Bukan sorang dua je tahu, boleh dikatakan ramai yang tahu.Nak kata mulut tempayan, rasanye mulut tempayan tu lgi ok dari mulut dia,senang cakap, Memang dasar mulut longkang la budak nie. Kalau dah rasa berat hati sangat nak bagi tu, bagi tahu la depan-depan. Tak payah la dok jaja cerita kat semua orang. Bila dah tersebar, dah tentu aku dan member aku nie tahu. Rasa macam nak lempang je budak macam ni. Aku memang pantang kalau ada yang tak puas hati, lepas tu dok mengumpat kat belakang.. Yang kau bagi pinjam hari tu apasal? Nak tunjuk baik la konon? Tak yah pura-pura la, bukan sehari dua kenal manusia macam nie... 

2011-10-16

Kesal

Manusia sekarang ni memang pelik la perangai, kita tak kacau dan ganggu hidup dia. Tapi dia suka-suka je buat hidup kita jadi tunggang-langgang... tak faham betul la, lepas tu boleh pulak dia hidup bahagia. Memang dasar manusia yang tak ada hati perut. Tak tahu apa motif dia..Manusia macam nie memang tak akan selamat dunia akhirat.. 

2011-10-06

SUJUD SYUKUR: 24 PERINGATAN UNTUK WANITA

SUJUD SYUKUR: 24 PERINGATAN UNTUK WANITA: 1. Urusan pertama yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewa...

Tugasan terbaru

Kitorang telah ditugaskan untuk mengambil gambar (banyak mana gambar yang nak ambik puntak kisah), lepas tu, kena present minggu depan.. setiap gambar yang di ambil mestilah mempunyai ekspresi dan maksud..
dan gambar-gambar kat bawah nie ntah apa-apa... main ambik je..

 tengah dok bincang sebelum ambil gambar..


ok tak picture nie... rasa macam dah ok..

mencari destinasi seterusnya...

kanak-kanak riang... bila la nak siap kalau asyik main-main macam nie.. hehehe



Tugasan

Kitorang telah ditugaskan untuk mengambil gambar (banyak mana gambar yang nak ambik pun tak kisah), lepas tu, kena present minggu depan.. setiap gambar yang di ambil mestilah mempunyai ekspresi dan maksud..

2011-10-04

Obsesiku...

Nie la perkara yang paling saya suka tengok.. Tak tahu la kenapa, banyak-banyak watak dia la yang paling terkesan dalam hati.. Kejujurannya terserlah dalam setiap perilakunya, wajahnya yang selalu mengukirkan senyuman, tak pernah menyakitkan hati sesiapa, rela berkorban demi orang yang disayangi.. Sya sanggup korbankan waktu tidur semata-mata nak tengok dia, nak dengar dia ketawa... memang best sangat.. tak ada yang mampu menggantikan dirinya dalam menghiburkan diri...
Dia la obsesi ku....

Renungan untuk diri....

Kita mesti akan salahkan hidup atau takdir kalau terjadi sesuatu pada diri kita. Tapi tak pernah pula kita lihat kelemahan yang ada pada diri yang terlalu lemah dan suka membuat keputusan terburu-buru tanpa berfikir dengan akal yang waras... Semua yang terjadi mungkin ada hikmah di sebaliknya, itu la ayat yang selalu kita dengar daripada orang, tapi ada kalanya kita alpa dan terus menangisi musibah yang menimpa tanpa memikir kebenaranya..

Kita tak sepatutnya menjadikan orang lain mangsa dalam setiap kemelut yang melanda diri dan menyakitkan hati orang tanpa sebab, mengecewakan perasaan orang tanpa alasan, melukakan orang lain hanya sekadar untuk memuaskan hati kita.. kita perlu ingat bahawa langit tak selalunya cerah.. Apakah rasionalnya kalau sekadar  bermain dan mengacau-bilaukan kehidupan orang lain untuk kepuasan diri?.. Tidak takutkah mereka dengan balasan Allah, dengan azab allah? Ini semua bergantung kepada diri sendiri dan fikiran masing-masing...

Kadang kala Allah hilangkan mentari, kemudian Dia datangkan guruh....
Puas kita menangis, mencari di mana mentari kita...
Rupa-rupanya, Allah nak hadiahkan pelangi yang indah untuk kita....

Sabarla hati, ada kemanisan di sebalik kepahitan ini....

2011-10-03

Keayuan terserlah....

Dengar tajuk pun cam persan je.. tapi tak, macam nie la cerita nya...Tak pernah pulak sebelum nie pakai macam nie... kalau pakai pun macam tu je la.. tapi keluar ari tu rasa macam nak pakai  sopan sikit... bukak la almari, cari punya cari akhirnya jumpa jugak baju nie.. tunjuk la kat roomate nie, tak sangka dia pun ada jugak baju mcm tu, cuma yang beza nya corak dia laen ckit.. memang tak pernah rancang nk beli baju sama, kebetulan semua tu. so, kitorang pn pakat la pakai bju nie masa kluar ari tu... nie la hasilnya... hahahahaha......





2011-10-02

Kisah kami...

Pejam celik, pejam celik dah sem 5.. cptnya masa berlalu..Terlalu bnyk kenangan yang tercipta, suka duka di kongsi bersama..Memang sukar untuk dilupakan.. Andainya suatu hari nanti terjadi perpisahan x diduga, kenanglah setiap kenangan yang tercipta...




2011-10-01

Rezeki yang tak disangka...

Semalam, dapat rezeki lebih cikit... kalau nk habiskan semua memang tak larat.. Sebagai manusia yang mampu berfikir, kita tak seharusnya membazir. sebb membazir tu amalan syaitan.. so, kita kongsi la ape yng kita dpt tu dgn org sekeliling kwn2 ke, jiran2 ke @ sape sj.. tak rugi klu kita buat mcm tu, Allah lagi suka.. kita akan rasa sngt bhagia kalau tgk org yng menerima tu bhagia.. Apa2 pun, yang penting niat di hati tu,org lain tak perlu thu, biar Allah je yang thu.. Itu lbh baik..