2011-09-30

Aku Seorang Muslimah


Aku Muslimah,Pada awalnya aku tidak mengerti,
Keislamanku kerana keluargaku islam..
Islam ku jalani dengan penuh tuntutan adat istiadat...
Tiba-tiba aku "Gamang"
Sebahagian rutin ku dengan islam ada yang tidak berkesinambungan...
Aku ingin tahu, aku mencari... dan terus mencari..
Ku abaikan setiap kata orang..
Ku abaikan setiap pandangan orang,
Kerana ianya hanya melemahkan semangat..
Aku berjuang keras saat nafsu dan syaitan berkuasa keatas diriku..
Terkadang terasa sakit,
Terkadang rasa lemahnya iman..
terkadang rasa ingin putus asa...
Namun ku gagahkan diri, kuatkan semangat,
Demi mencari keredhaan...
Ya Allah, berikan aku kesempatan melangkah...
Ya Allah, biarkan aku bersama muslimah...
Ya Allah, berkatilah setiap yang aku lakukan..
Ya Allah izinkan aku menjadi hamba yang taat dan anak yang solehah..
Ya Allah, redhakan syurga untukku, seandainya layak untuk aku menggapainya..
INSYA ALLAH....





Suatu petang yang indah :)

Budak dua orang ni, bukan la rajin sangat.. tapi mungkin sebab azam baru kot.. Dah insaf la katakan.. bagus je tengok, kalau dari dulu lagikan macam nie, mesti dapat result pun gempak macam nie jugak..Nie tak, klau kena suruh baru la gerak.. Insya allah, tahun nie jadi lebih baik..



Birthday

Pada tanggal 27.9 ari tu, genap la umur 22 tahun. Dah tua rasa nya, dari tahun ke tahun umur bertambah 1 angka. Dari pertambahan umur tu, sepatutnya menjadikan kita seorang yang lebih matang dan bijak dalam mengambil keputusan berkaitan dengan kehidupan. Aku benar-benar berharap agar tahun ini aku menjadi seorang yang lebih baik dari tahun sebelumnya dalam semua aspek. Insya allah kalau kita yakin, sentiasa berdoa dan tak pernah berputus asa berusaha, kita akan dapat apa yang kita mahukan. Insya allah....


Terima kasih kepada semua yang ingat dan ucapkan slmt..


2011-09-25

Pada Mu Yang Satu

Dugaan cabaran bersilih ganti
Menduga kekebalan dan keteguhan Iman
Berikan daku kekuatan
Menghadapi ujian Mu ini

Ya Rahman
Ya Rahim
Kepada Mu aku memohon
Kepada Mu aku meminta
Cekalkanlah hati hamba Mu ini

Ku menadah tangan sambil berdoa
Ya Allah
Jadikanlah diriku muslimah sejati
Jadikanlah diriku anak yang soleh
Jadikanlah diriku hamba yang hakiki

Berikanlah aku Hidayah Mu
Berikanlah aku sinar Nur mu
Lindungilah diriku dari segala kekufuran
Sesungguhnya kepada Mu aku berserah.
          Dibawah naungan Mu aku berlindung
           Segala cintaku dan rinduku
          Hanya untuk Mu Ya Allah
           Kasih abadi yang hakiki.

2011-09-24

Rezeki...

Hari ni, pagi-pagi lagi call abah suruh dia datang ambil kat kolej.. balik rumah pun bukannya buat apa cuma nak pergi kat kedai computer untuk ambik ntbook yang baiki hari tu... banyak la jugak kena baiki..
Sampai je tengah hari, abah ajak keluar ramai-ramai, ingat nak pergi mana sebab dia tak cakap apa-apa..
Rupanya pergi rumah terbuka.. Dua tempat pulak tu, kat Putrajaya dengan Cyberjaya.. Apa lagi, bila dah sampai terus je makan, makanan pun penuh meja. sampai lupa sakit gigi... paling best siap dapat duit raya lagi.. Tak sangka la, besar-besar pun dapat jugak.. Hujung minggu ni ada satu lagi rumah terbuka, anjuran Petronas pulak... Insya Allah, kalau tak ada sebarang halangan sampai la jugak kat sana..

2011-09-22

Kami sentiasa bahagia...

Keluarga saya..
Ini adalah, adik yang kedua.. Nama dia, Nursyahira... Sekarang dia tengah belajar kat SYP II kat Kuala Krai.


Nie, adik yang bongsu.. Nama di, Nur Faharine...
Yang ni pulak, tingkatan 4...
Kelurga kitorang kecil je... adik beradik 3orang dan saya anak pertama...
Semua dah besar-besar... sekarang nie, tinggal ma dengan atuk je kat rumah..


2011-09-20

Bahagia..

Semalam teman baik saya ni dan juga merangkap teman sebilik dapat hadiah sempena hari lahir dia yang ke-23.. hadiah tu pula diberi oleh orang yang istimewa dalam hidup dia.. masa dapat hadiah tu, gembira je tengok dia...
tu tak buka lagi.. lepas tu, sampai kat bilik dia terus buka hadiah tu... senyum dia tu sampai ke telinga... dah macam kerang busuk pun ada juga.. nak tidur pun macam tu juga.. tapi kan. tak salah kalau reaksi dia macam tu, sape-sape pun akan bahagia kalau ada orang yang menghargai diri kita, tambahan lagi dapat mengingati hari yang istimewa macam tu.. Kita yang tengok dia ni pun, tumpang sekali bahagia...

Masalah tak diundang...

Tak pasal-pasal buk sem ni, notebook buat hal.. masa cuti hari tu ok je online.. tiba-tiba je buka kat sini tak boleh pulak.. memang menyampah tahap 'babun' la.. dah tu, bnyk pulak kerja nak kena pakai internet.. nampak nya kena la bawak pergi klinik ntbook nie...

Pahit manis pengalaman

Cuti sem hari tu, ingat nak duduk rumah je... tapi bosan la pulak sebab cuti lama sangat. Masa tu, buat la permohonan kerja kat satu syarikat ni. nak di jadikah cerita,dapat la kerja kat situ. masa mula-mula kerja, memang takut sangat sebab sebelum ni tak pernah kerja, dengan bos nya garang.
Biasa lah, bos perempuan.. dengan rakan sekerja pulak yang dah berumur... tapi lama kelamaan, dah ok.. bos pun tak de la kerek sangat, biasa la mula-mulakan.... kena la tegas...
Kerja kat situ ok la jugak, boleh jumpa ramai orang, macam-macam perangai dan ragam...

2011-09-18

kisah yang tak akan berulang

Masa pergi jalan-jalan kat sebuah pusat membeli belah ni, tiba-tiba rasa nak buang air la pula... Saya pun segera la pergi cari tandas.. dah sampai kat sana ramai la pula, siap kena beratur lagi.. lepas tu tiba la giliran saya masuk dalam tu... belum sempat buat apa-apa lagi, nsib baik la terpandang kat paip tu.. rupa-rupanya paip rosak... kalau tidak.tak tahu la macam mana nsb dk dalam tandas tu...