2012-05-09

Kenapa???? Kenapa awak buat saya macam ni.!!!!!!

Kali terakhir kita jumpa, kita berbual dan saling bertanya khabar ....

Awak nampak ok...

Awak mampu layan saya walaupun saya tengah bad mood....


Langsung saya tak nampak perubahan awak masa tu...

Tapi...

Lepas awak hantar saya balik....

Semuanya berubah...

Apa salah saya????

Saya tertanya sendiri....

Kenapa awak langsung tak bagi tahu saya yang awak nak tinggalkan saya........

Kenapa awak mesti tinggalkan saya????





2012-05-06

Hari minggu : Bengkel tulisan khat

Hari minggu biasanya, ada di antara kami akan keluar pergi kemana-mana..

Namun, pada minggu nie, kami luangkan masa dari pukul 8 pagi hingga 5 petang untuk bengkel tulisan khat kat fakulti kami...

Bengkel ni adalah untuk kursus sistem tulisan jawi...

Pada pukul 8 pagi kami semua diberi taklimat bagaimana untuk membuat tulisan khat tersebut dan pukul 9 kami semua dilepaskan mengikut kumpulan masing-masing setelah undian memilih jenis tulisan dibuat...

Kumpulan aku, dapat tulisan khat thuluth....

Pada mulanya,  aku  agak takut untuk buat benda ni... (Bukan apa, takut tak menjadi je)

Tapi bila dah mula buat dan tengok kumpulan lain khusyuk je, aku terus bersemangat..

Tak ada la susah sangat buat benda ni.. (hehehehehe.....)

Kat bawah ni, semua boleh lihat proses untuk membuat tulisan khat ni...........


Proses pertama menekap tulisan khat atas perspek...










 Proses seterusnya ialah melukis bingkai




 Khat yang telah siap dilukis


 Ni adalah proses dimana mengukir atau toreh lapisan atas untuk dibuang.




 Ni lah hasil dari proses mengukir tadi


ni masa spray perspek... kumpulan kami guna warna emas @ gold




Proses yang terakhir, buang semua lapisan kertas yang di spray tadi...




 Dan.... inilah hasilnya.......


 cantik tak??? mesti la cantik kan...........




2012-05-04

Kenangan lalu...

Masa buka ntbook kesayangan aku ni, teringin pula nak tengok gambar masa muda-muda dulu (tua sangat ke aku ni???) 

Tak la tua sangat, tapi bak kata orang semakin matang..

Ye Ke???? 

Mungkin...

Nie la di antara gambar masa sem 1, 2, 3 dan 4... Kalau tak silap...

Tak ada yang berubah pun, cuma cara pemikiran je yang berubah seiring dengan peredaran masa...

Sedar tak sedar, kalau dikira dah 3 tahun rupanya aku kat sini...





















Sekadar ramaln je pun...

Entah betul ke tak nie, Yang pasti aku dilahirkan pada 27.9.1989...

Kadang2 ramalan ni pun ada juga yang mengena.. 

Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani.Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya.Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya. 


SEPTEMBER
· Bersopan santun dlm perhubungan
· Bertolak ansur dlm pasangan
· Suka mengkritik pasangan
· Sangat prihatin terhadap pasangan
· Sangat sensitive dan emosi
· Pandai memahami pasangan
· Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan
· Amat memilih pasangan
· Sukar melupakan sekiranya hati terluka
· Mudah simpati dengan perasaan dan masalah pasangan

2012-05-03

Dah malas aku nak fikir


Sering kali aku terfikir,

Kenapa aku selalu je ditemukan dengan orang yang salah,

...........

...........

Mungkin aku belum cukup baik untuk mendapatkan yang terbaik,

Maknanya banyak lagi yang perlu aku belajar,

Banyak lagi perubahan yang perlu aku lakukan,

Sekali gagal tak bermakna gagal untuk selamanya,

Yang penting usaha dan niat mesti ikhlas,

Tapi bagi aku, cukup la sekadar dapat yang baik untuk menjadikan aku yang terbaik..

2012-05-02

Pertama kali

P.I.T.A (pertama kali aku post benda ni kat blog)

Hmmmm, takut juga bila fikirkan benda ni..

Minggu depan dah nak kena hantar..

Semua masih lagi dalam proses, Insya Allah sempat siapkan..

Penyelia pun asyik dok ugut je 
( Sambil senyum dia cakap : kalau tak sempat siap, tak pe ambil borang kat pejabat Am dan isi, sem depan boleh jumpa dia lagi)

Tak nak la aku... Cukup la sekali ni je...

Usaha tangga kejayaan... 
Yea la tu Yatt...