2012-03-27

2012-03-26

Kembali

Setelah sekian lama menghilang,
Akhirnya kau pulang,
Kelihatan begitu senang,
Pada mata yang memandang.
Untuk apa kembali lagi
Andai itu satu tragedi
Menusuk menyayat hati
Pada yang empunya diri.

Aku bertanya pada mu,
Mengapakah kau kembali?
Lalu kau pun menjawab,
Untuk cinta di hati.
Aku bertanya lagi,
Ada apa pada cinta mu?
Kau menjawab penuh keyakinan di hati,
Cintaku adalah suci,
Cintaku adalah murni,
Cintaku tidak berbelah bagi.

Lalu aku berpaling dan melangkah pergi,
Meninggalkan dirimu sendiri,
Kerana aku tahu,
Cintamu bukanlah untukku,
Andai cintamu suci,
Mengapa dikotori dengan kata-kata nista,
Andai cintamu murni,
Mengapa harus aku yang sepi,
Andai cintamu tidak berbelah bagi,
Mengapa aku ditinggal pergi,
Terkapai-kapai sendiri,
Menunggu yang tak pasti.

2012-03-11

Suara hati

 Senyum terukir dibibir, melenyapkan gundah dihati,

Tiada siapa yang peduli,

 Berserah pada Ilahi,

Hanya Dia yang mengetahui..




Menghitung hari...

Dah tak sabar rasanya aku nak bilik kampung cuti nanti..
Bila dikira ada lagi lebih kurang 3 minggu...
Aku dah  rindu sangat dengan ma dan adik aku tu..
Alahai.. Lambatnya masa berlalu...



Layan je, buat hilang boring...

Buat kerja sambil layan Thr gegar..

Best jugak,

Baru aku tahu,

Bukan aku sorang je yang mempunyai masalah dalam hidup,

Macam-macam masalah yang diluahkan oleh pendengar kepada deejay radio..

Yang membezakannya adalah kecil atau besar masalah tersebut,

2012-03-09

Manusia yang berhati busuk

Kenapa boleh ada manusia macam ni kat dunia?

Tak boleh ke kalau cakap tu toleh kiri kanan dulu?

Tak boleh ke sekali sekala jaga hati dan perasaan orang?

Dah la diri sendiri pun hidup menumpang kesenangan orang, cakap pulak ikut sedap mulut je...

Dah la menyusahkan orang, suka-suka je kutuk orang..

Cermin dulu diri sendiri sebelum mengata orang...

Sebelum ni, memang aku hormatkan kau, tu pun demi ma n abah aku..

Tapi selepas aku tahu apa yang telah kau buat...

Sampai mati pun aku tak akan maafkan...

Kisah hati

Melihat orang yang kita sayang sedang bahagia dengan orang yang dia sayang, kadang-kadang terlalu menyakitkan....

Namun, ada baiknya jika doakan semoga mereka sentiasa bahagia....

Walau akan ada hati yang terluka...

Sudah lumrah hidup, bukan semua yang diimpikan akan kita dapat...

: )

2012-03-08

Tanda DIA sayang saya

Bila DIA rindukan saya, DIA bagi ujian,
DIA bukan nak susahkan saya, 
Tapi, 
 Sebab DIA nak tahu, betul ke saya cintakan DIA???????
Kat bibir kata cinta, tapi kat hati macam mana??
Dan paling penting,
DIA nak sangat saya ingat kat DIA,
Jadi, bila diuji,
Saya rasa SEDIH ,
Saya rasa PAYAH ,
Saya rasa SAKIT ,
Saya mesti NANGIS,
Tapi bila macam ni,
Satu kata yang pasti saya sebut,
Dan saya pasti, bukan hanya saya,
Tapi SEMUA ORANG akan sebut..
"YA ALLAH"
Dan DIA pasti gembira,
Sebab kita ingat kat DIA,

2012-03-07

Indahnya pantun Melayu

Terbang burung dari selatan,
     Dipuput angin sangga bayu;
Bukalah surat dari lipatan,
     Lihatlah pantun bahasa Melayu.

Anak itik pandai menari,
     Anak angsa terlompat-lompat;
Rupa cantik dapat dicari,
     Budi bahasa mana nak dapat.

Ada padi adalah beras,
     Bertanak nasi periuk tembaga;
Ada budi adalah balas,
     Orang berbudi kita berbahasa.

Asam kandis mari dihiris,
      Manis sekali rasa isinya;
Dilihat manis dipandang manis,
      Lebih manis hati budinya.
Sebaris ayat yang mampu ku ungkapkan...

Sebenarnya diriku masih mengharapkan mu....

2012-03-05

Jalan-jalan, makan angin

Seharian berjalan memang penat, banyak tempat yang kitorang pergi. Mydin + Alamanda + Dengkil + PICC .
Sebab penat sangat, so kitorang pun singgah kat PICC ni kejap, ambik angin petang...

Tak kan rehat je kan.... Alang-alang dah sampai, ambil la gambar sikit buat kenangan...




















2012-03-02

Teguran buat insan yang bergelar sahabat

Aku nak kongsi pendapat mengenai golongan muda yang terlalu obses atau pun terlalu taksub dengan cinta mereka. Bagi aku la kan, kita tak seharusnya terlalu emosional dalam benda-benda macam ni. Kita masih muda dan banyak lagi benda yang harus kita buat, tambahan lagi tanggungjawab kepada keluarga terutamanya kepada ibu bapa kita. Kekasih yang kita dok sayang dan puja siang malam itu, belum tentu lagi jadi milik kita suatu hari nanti. Bercinta tu bercinta juga, tapi biar berpada dan bersederhana.

Bercinta sebenarnya tidak digalakkan dalam islam, yang aku tahu la. Aku pun bukanlah fasih sangat mengenai ilmu agama ni, tapi aku masih lagi mencari dan belajar mengenai agama secara mendalam (tak ada manusia yang sempurna).  Bagi golongan ini, mereka tidak segan silu melakukan maksiat bersama pasangan mereka, kononnya bukti cinta. Bagi aku la kan, entah apa-apa la diorang nie. 

Banyak  keluar di dada akhbar yang memaparkan berita seumpama ini. Ada yang sanggup bunuh diri kerana di tinggalkan, sanggup lari dari rumah kononnya nak hidup bersama sampai akhir hayat dan tak kurang juga mereka yang sanggup membuang ibu bapa kerana cinta.

Melihat kepada keadaan ini, aku sendiri berasa takut. Manalah tahu akan terjadi kepada diri sendiri atau pun keluarga kita. Tapi, aku berharap perkara sebegini tidak berlaku kepada diri aku dan juga orang lain, minta dijauhkan, dengan izinNya.

Kepada sahabat aku yang paling dekat dengan aku, aku menegur bukan bererti aku dengki atau cemburu dengan kalian, tetapi aku hanya ingin menasihati agar kita tidak tersasar dari matlamat hidup kita yang sebenar. Jika 'dia' kekasih yang sebenar, 'dia' tidak akan menarik 'dirimu' kearah maksiat yang hanya akan menghancurkan masa depan dan  'dirimu'.
Ni la padahnya kalau kat bilik sorang-sorang....



layan je lah...

bukan rugi apa-apa pun, kan....

Di tinggalkan

Hari ni dok sorang-sorang je kat bilik...
Liza keluar dengan Nini, diorang pergi Sogo kalau tak silap la...
Aku di tinggalkan...
Sebab tak larat nak jalan jauh-jauh...
Lenguh kaki semalam pun belum kurang lagi, kalau ditambah hari ni, alamatnya pengsan la aku..
Tak sanggup rasanya...
Mida balik rumah abang dia minggu ni, jadi 'baby sitters'...
Boring nya aku..

Dah lama rasanya

Dah berbulan rasanya tak update blog ni, bukan apa, cuma sibuk je sekarang ni. Maklumlah dah tahun akhir...
Tiba-tiba je tangan rasa gatal nak menaip...
Tak lama lagi aku dah nak habis belajar kat sini...
Harap semuanya dipermudahkan olehNya...
Insya Allah...